Kapal mewah ikut laluan Titanic ~ Bila Han Bercerita

Monday, 9 April 2012

Kapal mewah ikut laluan Titanic


GAMBAR fail menunjukkan kapal Titanic pada 4 April 1912.



LONDON - Hampir 100 tahun selepas kapal Titanic karam, sebuah kapal pesiaran mewah, MS Balmoral dengan jumlah penumpang yang sama memulakan pelayaran semalam.

Kapal itu belayar dengan mengikut laluan yang sama Titanic dari pelabuhan di Southampton.

Ia membawa 1,309 penumpang.

Kapal itu turut menuju ke lokasi Titanic yang tenggelam pada 15 April 1912 di Lautan Atlantik. Titanic karam semasa pelayaran sulung menuju ke New York, Amerika Syarikat.

Pelayaran selama 12 malam itu adalah sempena ulang tahun ke-100 tragedi kapal terbabit.

Pihak penganjur cuba menghidupkan semula pengalaman di atas kapal tersebut seperti sajian makanan yang sama sehingga kepada persembahan muzik secara langsung zaman itu.

Menurut pihak penganjur, penumpang dari 28 buah negara menempah pelayaran itu.

Sebahagian mereka merupakan saudara-mara penumpang kapal tersebut.

Tiket-tiket berharga AS$4,445 (RM13,595) sehingga AS$9,520 (RM29,117) ditawarkan kepada penumpang.

Antara penumpang lain turut serta ialah para penulis dan ahli sejarah termasuk seorang pakar sejarah Titanic, Philip Littlejohn, seorang cucu mangsa yang terselamat.

Sebahagian penumpang turut memakai pakaian pada zaman awal tahun 1900 semasa mereka menaiki kapal berkenaan.

Kapal itu tenggelam selepas ia melanggar bongkah ais.

Penganjur pelayaran itu, Miles Morgan menyatakan ia merupakan pelayaran yang istimewa terutamanya untuk para saudara penumpang yang telah meninggal dunia.

Kapal itu akan berlabuh di Cherbourg di Perancis dan Cobh, Ireland seperti yang dilakukan Titanic. - Agensi
Share:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • Cara-cara melayan suami dengan baik dan romantis
    20.01.2012 - 0 Comments
    Kehadiran suami di rumah merupakan satu rahmat kepada setiap isteri. Hanya isteri-isteri yang menderhakai…
  • GEMPAR !! Nelayan kembalikan semula lebihan bantuan BR1M
    16.02.2012 - 0 Comments
    KUALA LUMPUR - Kebanyakan orang yang berada dalam kedudukan mereka akan mendiamkan diri apabila mendapat…
  • Tukar Kad Debit CIMB MasterCard
    09.02.2012 - 0 Comments
    Okay,Untuk pengetahuan semua, Kad Debit CIMB MasterCard ni merupakan kad pembayaran yang membolehkan…
  • 6 Tanda anda telah dipergunakan oleh pasangan anda
    09.03.2012 - 0 Comments
    Setiap manusia diatas mukabumi ini sudah pasti tidak suka diri mereka untuk dipergunakan. Tetapi…
  • Inilah Satu-satunya Rumah Ditengah Highway Di China
    04.12.2012 - 0 Comments
    Disebabkan pampasan yang diberikan oleh kerajaan tidak mencukupi, pasangan dari China ini berdegil untuk…