GILA !! Malas Jaga Suami, Maka Dibunuhnya Sahaja ~ Bila Han Bercerita

Friday, 13 April 2012

GILA !! Malas Jaga Suami, Maka Dibunuhnya Sahaja




Florida – Seorang wanita warga emas berusia 64 tahun didakwa membunuh suaminya yang menghidap sakit jantung dan menanam mayatnya di laman rumah mereka.

Barbara Scott memaklumkan polis bahawa dia melakukan perbuatan kejam itu kerana terlalu penat untuk menjaga suaminya yang menghidap sakit jantung.

Selepas menanam mayat Benny, 78, Barbara kemudiannya menanam pokok herba di atas kuburnya itu.

Benny, meninggal dunia selepas ditembak di bahagian belakang kepala oleh isterinya, Januari lalu.

Perbuatan kejam itu terbongkar kira-kira tiga bulan selepas kematiannya apabila anak perempuan mereka, Sonya Braudway membawa ibunya ke balai polis, selepas dia memaklumkan suaminya itu membunuh diri.


Selepas membunuh Benny, Barbara kemudian memaklumkan kepada kawan-kawannya bahawa Benny terlalu sakit untuk menjawab telefon, apabila mereka bertanyakan mengenai lelaki berkenaan.


Perbuatan itu terbongkar apabila Sonya Braudway mendesak Barbara menceritakan perkara sebenar yang menimpa bapanya.

Barbara memaklumkan Sonya bahawa suaminya itu terjatuh ketika mandi sehingga menyebabkan kepalanya cedera.

Namun dia kemudiannya menukar cerita dengan memaklumkan bahawa suaminya itu membunuh diri dengan pistol.

Barbara memberitahu, kerana panik dia telah mengebumikan mayat suaminya di laman rumah mereka di LakeAlfred, Florida.

Pihak berkuasa yang mengorek semula kubur berkenaan mendapati kaki Benny diikat manakala kepalanya diserkup dengan beg plastik.-SUMBER
Share:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • (Video) Undertaker Akhirnya Bersara Dari WWE
    07.04.2017 - 0 Comments
    Siapa tidak kenal ahli gusti professional Amerika Syarikat, Mark William Calaway atau dikenali sebagai…
  • GILA DAN LAWAK !! Bom kentut cetus huru-hara
    19.02.2012 - 0 Comments
    MISSISSIPPI: Gara-gara menggunakan perkataan sensitif pada tempat yang salah, seorang remaja berusia 19…
  • Soal Jawab Agama : Isteri Mempunyai Perasaan Seks Yg Kuat. Apa tanggungjawab suami?
    22.02.2012 - 0 Comments
    Soalan: Saya mempunyai perasaan seks yang agak kuat. Saya selalu terasa ingin mengadakan hubungan…
  • GILA !!Tembaga RM190,000, CCTV stesen janakuasa elektrik lesap
    19.02.2012 - 0 Comments
    SEREMBAN – Sekumpulan pencuri memecah masuk sebuah stesen janakuasa elektrik yang belum beroperasi…
  • COOL : Seni Lukisan Dari Puntung Rokok Dan Ubat Nyamuk!
    27.07.2012 - 0 Comments
    Seorang pelukis yang dikenali sebagai Yuli Prasetiawan mempunyai kemahiran melakar lukisan dengan…