ALLAHUAKBAR !! Treler Melayang Dipukul Puting Beliung ~ Bila Han Bercerita

Sunday, 8 April 2012

ALLAHUAKBAR !! Treler Melayang Dipukul Puting Beliung





DALLAS, Amerika Syarikat (AS) - Sebuah treler melayang semasa puting beliung melanda kawasan Dallas-Fort Worth di negeri Texas.

Dua buah bandar di Texas, Arlington dan Lancaster diisytihar zon bencana selepas puting beliung berkembar serta ribut menyebabkan 300 buah rumah di kawasan berkenaan rosak teruk.

Banyak kediaman yang berada dalam laluan ribut berkenaan ranap manakala sejumlah trak dan kereta turut terbalik ditiup angin kencang.

"Saya tidak pernah melihat dua puting beliung melanda dua kawasan metropolitan secara serentak seperti ini," kata seorang pakar meteorologi, Henry Margusity.

Seorang lelaki yang merakamkan gambar satu puting beliung berkenaan di utara Texas, Brandy Kemps memberitahu saluran berita ABC News; "Serpihan berterbangan merata-rata di depan mata saya termasuk debu, batu dan batang kayu.

"Puting beliung itu menuju ke arah kami dan ia kemudian hilang dari arah belakang bangunan apartmen tempat saya tinggal," katanya.

Lebih 12 orang cedera tetapi tiada laporan kemalangan jiwa berlaku dalam bencana tersebut setakat ini. - Agensi

Share:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • Berita Baik Buat Penguna Iphone :iXpand untuk tambah storan iPhone
    16.11.2014 - 1 Comments
    Bagi pengguna iPhone, masalah biasa bagi mereka sudah pasti kapasiti storan yang tentulah tidak cukup!…
  • 5 Kebaikan Memakan Makanan Pedas
    25.08.2016 - 0 Comments
    1. Menurunkan berat badan  Menurunkan berat badan. Siapapun pasti setuju, makanan apapun kalau…
  • 18 Fakta Kecederaan Yang Di Alami Jackie Chan
    07.03.2012 - 0 Comments
    Jackie Chan dikenali sebagai pelakon aksi terkenal. Beliau memiliki reputasi sebagai pelakon yang sering…
  • ALLAHUAKBAR !! KESIAN MATI DALAM KEADAAN TERSEPIT
    16.03.2012 - 1 Comments
    KUALA LIPIS: Akibat dipercayai gagal menarik brek tangan, seorang pemandu lori hantu terpaksa menempuh…
  • (VIDEO) COOL GILA !! REMAJA 14 TAHUN MEMBELI RUMAH DENGAN DUITNYA SENDIRI
    18.03.2012 - 0 Comments
    What a fantastic?? gila cool..budak ni tolong abang dia je.dapat duit.dan dia menabung..der..takkan dia…