ALLAHUAKBAR !! Tersepit bawah treler tapi masih hidup ~ Bila Han Bercerita

Sunday, 22 April 2012

ALLAHUAKBAR !! Tersepit bawah treler tapi masih hidup


CEMAS... anggota Bomba dan Penyelamat berusaha mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kemalangan awal pagi semalam.


ENDAU: Seorang pemuda hampir maut apabila Proton Saga dipandunya terperosok di bawah treler dalam kemalangan di Kilometer 1 Jalan Tanjung Gemuk, Endau–Rompin, di sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian jam 3 pagi, Abu Neklah, 32, dikatakan keluar dari Simpang Kampung Pianggu sebelum merempuh treler berkenaan yang gerak dari arah Endau.


Akibatnya, kenderaan berkenaan diseret 50 meter dan dia cedera di badan manakala pemandu treler, Ridzuan Adnan, 24, bersama kelindan, Zulkarnain Arnain, 21, tidak cedera.

Menurut Ridzuan, mereka dalam perjalanan dari Kemaman, Terengganu, dan hanya menyedari kemalangan selepas terdengar dentuman kuat selain terasa treler mengheret sesuatu.


“Sebaik mendengar bunyi dentuman, saya menurunkan tingkap untuk melihat cermin pandang sisi dan terkejut apabila mendapati ada kereta di bawah treler.


“Kami kemudian turun dan cuba membantu mangsa tetapi gagal kerana dia tersepit di tempat duduk pemandu,” katanya.

Berikutan itu, katanya, mereka menghubungi pihak berkuasa sebelum sepasukan anggota Bomba dan Penyelamat Balai Bomba Endau dan Rompin tiba 20 minit kemudian.


“Mangsa berjaya dikeluarkan dan dihantar ke Hospital Mersing untuk menerima rawatan,” katanya.-SUMBER
Share:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • Socialmatic: Kamera Instagram Menjadi Kenyataan
    13.10.2012 - 4 Comments
    Instagram merupakan sebuah syarikat yang semakin popular dengan aplikasi mengubahsuai gambar dan…
  • Lelaki wajib tahu : 9 punca masalah kemandulan
    18.06.2012 - 0 Comments
    Mengikut kajian terdapat beberapa kes kemandulan berkait rapat dengan masalah kesihatan selain juga tidak…
  • Petua Zakar Panjang, Besar dan Air Mani Pekat Serta Banyak
    22.01.2012 - 7 Comments
    Ketika zakar masih dalam keadan lembik, kepala zakar dipegang dan ditarik ke bawah antara kedua belah…
  • COOL : Pendrive emas berbentuk cendawan bernilai RM122,675
    24.04.2012 - 0 Comments
    menurut sumber,pendrive yang bernilai RM122,675 ni disaluti dengan kristal sehingga 11.35 karat dan 42…
  • WAJIB TAHU : Suntikan Imunisasi Wajib Untuk Kanak-Kanak
    23.05.2013 - 0 Comments
    1. BCG  Mengandungi cecair M. Bovis hidup yang sudah dilemahkan. Imunisasi ini tidak menghalang…