FAKTA : Pokok mati akibat WiFi ~ Bila Han Bercerita

Saturday, 7 April 2012

FAKTA : Pokok mati akibat WiFi




ALPHEN AAN DEN RIJN, Belanda - Satu kajian oleh sekumpulan penyelidik dari Universiti Wageningen, Belanda mendapati radiasi daripada rangkaian gelombang tanpa wayar (Wifi) mungkin boleh menyebabkan pokok yang terdapat berdekatan dengan peranti penghala Internet tanpa wayar mati, lapor sebuah akhbar semalam.

Para saintis itu memperoleh hasil kajian tersebut selepas melakukan kajian ke atas 20 batang pokok ash yang daunnya menjadi kuning.

Hasil kajian itu menimbulkan kebimbangan bahawa radiasi Wifi boleh memberi kesan terhadap tubuh manusia.

Ia turut menyebabkan ibu bapa dan guru-guru berkempen agar peranti Wifi tidak dipasang di sekolah.

Bandar Alphen aan den Rijn yang terletak di barat Belanda mengarahkan kajian itu dilakukan sejak lima tahun lalu selepas mendapati pokok-pokok di kawasan itu mengalami situasi yang tidak normal.

Kajian itu mendapati pokok yang diletakkan paling hampir dengan radio Wifi mempunyai daun berwarna kuning berikutan lapisan kulit luar pokok mulai mati.

Para penyelidik juga mendapati radiasi Wifi boleh menyebabkan pertumbuhan jagung menjadi perlahan. - Agensi
Share:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • Mahukan Anak Kembar? Makan Ubi Kayu
    15.04.2017 - 0 Comments
    Melahirkan anak merupakan impian buat pasangan yang sudah berkahwin. Malah, ada yang mendambakan anak…
  • COOL !! CARA PALING AWESOME UNTUK INGAT PASSWORD
    10.03.2012 - 1 Comments
    nak tahu apa CARA nya?tengok bawah.it is quite brilliant kan?hehe -9GAG
  • GILA !! BANK NAK TARIK KERETA SEBAB TAK BAYAR 4SEN
    10.03.2012 - 0 Comments
    TINDAKAN TIDAK MUNASABAH: Encik Zainal terkejut membaca notis dari Standard Chartered yang mahu merampas…
  • Cristiano Ronaldo Tuntut Gaji £500,000 (RM2.6 juta) Seminggu Untuk Ke EPL
    15.09.2014 - 0 Comments
    BINTANG bola sepak dunia, Cristiano Ronaldo akan memecah rekod dunia dengan menuntut gaji sebanyak…
  • Zuckerberg pengasas Facebook jumpa PM Jepun
    06.04.2012 - 0 Comments
    TOKYO – Perdana Menteri Jepun, Yoshihiko Noda menerima kunjungan Ketua Pegawai Eksekutif Facebook, Mark…