GILA !! Lori hantu longgok tanah dan loloskan diri ~ Bila Han Bercerita

Wednesday, 18 April 2012

GILA !! Lori hantu longgok tanah dan loloskan diri


SENGAJA...lori hantu diekori petugas JPJ membuang tanah ke atas jalan raya.



IPOH: Seorang pemandu lori hantu nekad merempuh kenderaan penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), sebelum membuang muatan tanah ke atas jalan raya bagi meloloskan diri dalam kejadian berhampiran Taman Gemilang, di sini, pagi semalam.

Tindakan suspek berusia 20-an membuang muatan tanah merah seberat tiga tan itu menyebabkan laluan Jalan Kuala Kangsar menuju ke Sungai Siput di sini, sesak teruk.


Ketua Unit Operasi JPJ Negeri, Hashim Md Ali berkata, kejadian berlaku ketika pihaknya menjalankan operasi pemeriksaan kenderaan awam melalui Projek Lebuhraya Utara-Selatan (Plus), berhampiran Jelapang, di sini, kira-kira jam 9.30 pagi semalam.

Menurutnya, suspek enggan memberi kerjasama memberhentikan lori berkenaan untuk pemeriksaan selepas diarah sepasukan 20 anggota JPJ Perak.


“Tindakan suspek itu memaksa kami mengekori lori berkenaan sejauh lebih empat kilometer sehingga ke jalan Kuala Kangsar.


“Anggota JPJ yang menaiki kenderaan pacuan empat roda cuba memintas dan menghalang lori itu daripada terus melarikan diri. Bagaimanapun, pemandu lori berkenaan bertindak agresif melanggar sisi kanan belakang kenderaan pacuan empat roda model Toyota Fortuner milik JPJ,” katanya. Menurutnya, suspek memberhentikan lori tidak jauh dari lokasi pelanggaran sebelum sengaja menuangkan semua muatan tanah dibawa ke atas jalan raya.

“Tindakan luar biasa suspek menyebabkan laluan dan mencetuskan kesesakan hampir satu kilometer,” katanya.


Menurutnya, pemandu itu kemudian melarikan diri ke kawasan kampung berhampiran dengan meninggalkan lori di lokasi kejadian mengelak daripada ditangkap. “Pihak JPJ percaya, suspek lelaki itu tiada lesen memandu dan lori dipandu dipercayai mempunyai cukai jalan tamat tempoh,” katanya.

Sementara itu, Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Daerah Ipoh, Deputi Superintendan Wan Sharudddin Wan Omar yang ditemui di lokasi kejadian berkata, pihaknya dimaklumkan kejadian itu jam 9.30 pagi semalam.-SUMBER

P/s :apa la budak tu buat.gila betol.menyusahkan org awam.membahayakan.buang pasir mengejut.tu kalau bawak lori ikut suka.langgar sume benda.haish.sengal
Share:

2 comments:

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • Sejarah penciptaan straw
    16.06.2012 - 0 Comments
    Straw merupakan satu benda yang aku rasa digunakan setiap hari. Ia membantu proses untuk kita minum air…
  • (Video) Rekod Layangan Kapal Terbang Kertas Terjauh Berjaya Dipecahkan
    10.04.2017 - 0 Comments
    Seorang pemain American Football telah berjaya memecahkan rekod dunia untuk jarak terjauh melayangkan…
  • (Video) Cara Ronaldo Raikan Kemenangan Portugal Euro 2016
    18.07.2016 - 0 Comments
    Kapten pasukan bola sepak kebangsaan Portugal, Cristiano Ronaldo meraikan kemenangan menjuarai kejohanan…
  • Info Seksual : Kesalahan Seks - 3 Kesalahan Suami Buat Isteri Sukar Pancut
    04.05.2017 - 0 Comments
    Apakah 3 kesalahan seks utama yang sering dilakukan oleh suami di ranjang, tanpa mereka sedari. Tuhan…
  • Anjing Menitis Air Mata Menahan Kesakitan Akibat Diracun Penjenayah Selepas Gagalkan Cubaan Merompak
    15.05.2017 - 0 Comments
    Anjing dan kucing merupakan antara haiwan yang paling rapat dengan manusia. Tetapi, dari segi kesetiaan,…