GILA !! Lori minyak kemalangan,Penduduk berebut minyak masak ‘percuma’ ~ Bila Han Bercerita

Wednesday, 11 April 2012

GILA !! Lori minyak kemalangan,Penduduk berebut minyak masak ‘percuma’


ORANG ramai berebut mendapatkan minyak masak ‘percuma’ daripada sebuah lori tangki yang kemalangan di Jalan Langgar, Alor Setar semalam.


ALOR SETAR – Kira-kira 5,000 penduduk kampung dan kawasan perumahan berhampiran Jalan Langgar di sini tidak melepaskan peluang mendapatkan minyak masak ‘percuma’ daripada tangki sebuah lori yang bocor selepas terlibat dalam kemalangan semalam.

Orang ramai dilihat mula membanjiri kawasan tersebut dari pukul 12 tengah hari sehingga pukul 8 malam dan ada yang masih menadah minyak masak tersebut ketika hujan pada sebelah petang.

Lori tangki dari Butterworth, Pulau Pinang yang membawa sebanyak 18 tan minyak masak dianggarkan bernilai kira-kira RM45,000 itu tersadai di bahu jalan selepas dirempuh sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Kia Sportage dari arah belakang kira-kira pukul 11.55 pagi.

Ketika kejadian, lori tersebut dalam perjalanan menghantar bekalan minyak tersebut ke sebuah kilang untuk proses pembungkusan di Kampung Bukit, Naka di sini.

Pemandu lori, Azizan Hashim, 47, memberitahu, akibat kemalangan itu, bahagian bawah tangki bocor menyebabkan muatan minyak masak tumpah ke jalan raya dan longkang bersebelahan.

P/s :haram woi..tengok la makcik pakcik sume,xfikir dosa ke.orang accident dia amek kesempatan pulak..jahilnya manusia.huh

SUMBER
Share:

1 comment:

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • SEJARAH ASAL USUL
    23.01.2012 - 0 Comments
    Pizza merupakan makanan segera yang sangat popular pada masa kini. Pizza bukan sahaja sangat popular di…
  • Nasib malang bekas jutawan LBJ
    15.09.2012 - 0 Comments
    SEREMBAN – Seorang bekas jutawan Felda Lyndon B Johnson (LBJ) di Labu dekat sini disaman anak…
  • FAKTA : Bahaya Duduk Atas Dompet
    21.06.2012 - 0 Comments
    Jangan duduk atas dompet anda. Memang sudah menjadi kebiasaan kita, terutamanya lelaki yang letak dompet…
  • Bahaya Tidur Selepas Sahur Yang Pasti Ramai Tak Tahu
    31.05.2017 - 0 Comments
    Tidur setelah sahur memang tidak haram. Namun, dari sisi ilmu gizi dan kesihatan tidur setelah makan…
  • FAKTA ASAL-USUL MENGENAI 'FUCK' 2
    21.03.2012 - 0 Comments
    hey guys,.kalau sebelum ni hann pernah share fakta makna fuck dan mana sejarah nya di entri lama han di…