Mat Haron Bukan Nama Sebenar Aaron Aziz ~ Bila Han Bercerita

Monday, 2 April 2012

Mat Haron Bukan Nama Sebenar Aaron Aziz




KUALA LUMPUR, 2 APRIL 2012: Nama Aaron Aziz yang semakin melonjak kini sudah pastinya menjadi perhatian ramai. Ini termasuklah cerita tentang nama betulnya yang telah keluar dalam sebuah forum carian terkenal tempatan yang memaparkan nama sebenar pelakon berkenaan.

Dalam forum itu, Aaron Aziz didakwa telah memaparkan namanya sebagai Mat Haron Mustapha bin Mat Aziz Mustapha. Terdapat juga salinan kad pengenalan Republik Singapura milik hero filem tersebut yang menjadi pertanyaan adakah ia palsu ataupun sah.

Bagi mendapatkan kepastian, portal murai.com.my telah menghubungi Diyana yang merupakan pengurus dan juga isterinya bagi mendapatkan keterangan lanjut daripada mulut Aaron sendiri mengenai hal ini.

sumber-forum CARI-


"Apa yang saya boleh pastikan, dakwaan tersebut adalah palsu semata-mata. Nama sebenar Aaron ialah Aaron Mustapha bin Aziz dan bukannya Mat Haron Mustapha Bin Mat Aziz Mat Mustapha seperti yang didakwa dan seperti yang tertulis dalam kad pengenalan berkenaan.

"Saya juga baru mengetahui berkenaan hal ini melalui Twitter dan belum berkesempatan bercerita kepada Aaron kerana dia masih berehat kerana demam.

"Jika anda tidak percaya atau menganggap saya mahu menyembunyikan hal sebenar, anda boleh bertanyakan mana-mana produksi yang pernah Aaron bekerja untuk mendapatkan kepastian nama sebenar Aaron daripada pasport miliknya," jelas Diyana.

Diana juga berkata, kejadian ini adalah sekadar perkara yang mahu diada-adakan.

Dia juga berkata, mungkin ada individu yang kurang senang atau juga tiada kerja selain mengada-adakan berita-berita seperti ini.

SUMBER
Share:

1 comment:

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • Ebby Yus Kini Bergelar Usahawan Berjaya, Miliki Mercedes Benz Sport
    28.10.2014 - 0 Comments
    Setelah lebih tiga dekad bergelumang dalam dunia seni sebagai pelakon, Ebby Yus kini mungkin sudah boleh…
  • COOL : Syarikat pengiklanan yang cool memberi hadiah selama 30 hari
    17.05.2012 - 0 Comments
    hey guys.okay..title asal benda awesome neh adalah  SAYS is giving out prizes everyday for 30…
  • Socialmatic: Kamera Instagram Menjadi Kenyataan
    13.10.2012 - 4 Comments
    Instagram merupakan sebuah syarikat yang semakin popular dengan aplikasi mengubahsuai gambar dan…
  • Apa cerita ni ?? Shah Rukh bertengkar di stadium
    18.05.2012 - 1 Comments
    MUMBAI - Aktor terkenal, Shah Rukh Khan berdepan dengan siasatan polis dan larangan seumur hidup daripada…
  • 5 Kebaikan Memakan Makanan Pedas
    25.08.2016 - 0 Comments
    1. Menurunkan berat badan  Menurunkan berat badan. Siapapun pasti setuju, makanan apapun kalau…