WOW COOL !! Yuna Bakal Muncul Di Televisyen US ~ Bila Han Bercerita

Tuesday, 3 April 2012

WOW COOL !! Yuna Bakal Muncul Di Televisyen US




Baru sahaja pulang ke Amerika Syarikat, Yuna tidak terus berehat namun terus melangkah setapak lagi untuk muncul buat pertama kalinya di dalam rancangan kelolaan pengacara terkenal Conan O’Brien, Conan.Akan bersiaran secara langsung pada jam 10 malam waktu di Amerika Syarikat dan anda boleh menontonnya secara online di www.tbs.com.

Menurut laman web rasmi bagi rancangan bual bicara tersebut, Yuna dijemput untuk memperkatakan tentang album terbarunya di sana dan buat pertama kalinya akan mempersembahkan single terbarunya Live Your Life hasil kolaborasi bersama Yuna dan Pharell Williams.

Daripada intisari rancangan Conan untuk hari ini iaitu Isnin 2 April, Yuna akan mengisi segmen terakhir selepas selebriti undangan Neil Patrick Harris daripada sitkom How I Met Your Mother dan Kate Miccuci daripada siri televisyen Scrubs.

Terus membina nama disana, Yuna tidak pernah berhenti walau seketika mencari tapak di sana dan kini buktinya dia sudah dikenali di sana sehingga mendapat jemputan untuk program bual bicara yang ditonton jutaan penonton itu.Walaupun tewas kepada Charice daripada Filipina dalam Nickelodeon Kids’ Choice Award 2012 untuk Favorite Asian Act, kesempatan itu memberi peluang kepada Yuna untuk terus berjaya di sana.Jangan lupa untuk menyaksikan anak jati Malaysia, memperkatakan tentang muzik yang di bawakan olehnya pada jam 10 malam waktu tempatan Amerika Syarikat.

SUMBER
Share:

2 comments:

  1. Yuna semakin gah .. haha ..nak sangat saya jumpa Hana Tajima ..cantik nya dia :D

    ReplyDelete

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • TREN LEGOLAND YANG BARU DIBINA DI JOHOR TERBALIK
    17.09.2012 - 0 Comments
    Sempena pembukaan legoland di Johor, ini ada perkhabaran buruk  yang diterima apabila tren@keretapi…
  • Tutorial menggunakan google search dengan betul
    11.07.2012 - 0 Comments
    Tidak ramai yang tahu bagaimana menggunakan enjin carian google dengan betul,sebab tu kadang2 bila kita…
  • 7 Kereta Mewah Milik Mendiang Paul Walker Dicuri Oleh Rakannya
    19.06.2015 - 0 Comments
    Pihak pengurusan harta peninggalan Paul Walker mengambil tindakan undang-undang terhadap seorang kenalan…
  • GEMPAR!! Pentwitter
    11.02.2012 - 0 Comments
    Hamza Kashgari (23) ialah seorang pentwitter yang dikehendaki kerajaan Arab Saudi kerana dikatakan menulis…
  • COOL : Apabila lebihan kikisan sharpener dibuat hiasan kreatif
    07.10.2012 - 0 Comments
    sumber