Apa cerita ni ?? Saiful Apek Lupakan Hasrat Tuntut RM200,000 Daripada David Teo ~ Bila Han Bercerita

Wednesday, 16 May 2012

Apa cerita ni ?? Saiful Apek Lupakan Hasrat Tuntut RM200,000 Daripada David Teo

Saiful Apek Lupakan Hasrat Tuntut RM200,000 Daripada David Teo

SUBANG JAYA: Pelawak Saiful Apek yang ingin membuat tuntutan sebanyak RM200,000 terhadap penerbit filem David Teo terpaksa melupakan hasrat tersebut kerana tuntutan itu sebenarnya telah dibatalkan oleh mahkamah.

Apek atau nama sebenarnya Mohd Saifulazam Mohamed Yusoff berkata, dia tidak tahu mengenai pembatalan tuntutan berkenaan kerana tidak dimaklumkan oleh peguamnya sebelum ini.

"Tuntutan tersebut dibuat sejak tahun 2005 lagi dan saya terkejut apabila dia (David Teo) menunjukkan dokumen-dokumen berkaitan kepada program hiburan Melodi di TV3 pada Ahad lalu dengan mengatakan kes berkenaan sudah ditutup. Saya langsung tak tahu apa-apa.

"Malah peguam saya sendiri tidak memberitahu hal itu kepada saya. Bagaimanapun, saya terpaksa akur dengan keputusan mahkamah seperti dinyatakan pihak yang satu lagi (David)," katanya.

Apek berkata demikian pada sidang media khas di Tease Restaurant, Subang Avenue, di sini, petang Selasa, bagi menjelaskan isu pergelutan antaranya dengan David.

Terdahulu dalam laporan akhbar sebelum ini, Apek mendakwa David yang juga pemilik syarikat Metrowealth International Group (MIG) menganiayanya apabila gagal membayar wang pelaburan sebanyak RM200,000 bagi kerjasama melaksanakan projek dua buah filem iaitu Anak Mami Kembali dan Lady Boss.

Menurut Apek, dia ditawarkan berlakon dalam kedua-dua buah filem tersebut dengan bayaran RM100,000 sebelum ia dilaburkan semula untuk dijadikan sebagai kos pembikinan filem berkenaan.

Dia juga dijanjikan pulangan keuntungan sebanyak RM200,000 atau 10 peratus sebagai penerbit bersama.

Bagaimanapun Mahkamah Seksyen, Shah Alam membatalkan tuntutan tersebut.

Dalam pada itu Apek bertegas, tuntutan yang dilakukannya itu bukan ingin mencetuskan isu atau memfitnah produksi berkenaan.

"Saya tidak akan menimbulkan isu tuntutan berkenaan sekiranya ia tidak benar, tetapi nak buat macam mana, mungkin saya kurang arif tentang hal kontrak yang diberikan kepada saya sebelum ini.

Tambah Apek, insiden itu membuatkan dia merancang untuk menjadi sukarelawan dengan menubuhkan Biro Kebajikan Eksklusif Masyarakat Artis dan Seni (KEMAS) bagi membantu para artis memahami tentang isu kontrak dalam sesebuah produksi.

"Dengan pengalaman yang telah dilalui, banyak pengajaran yang saya peroleh. Sebab itu saya ingin menjadi sukarelawan di mana menerusi KEMAS, artis-artis yang kurang memahami tentang hal-hal kontrak bekerja di bawah sesebuah produksi boleh merujuk kepada saya,” katanya.

Share:

Related Posts:

1 comment:

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • COOL : 10 Tips untuk menjimatkan bateri handphone ketika bercuti
    30.04.2012 - 0 Comments
    Okay,entri ini sebenarnya aku khususkan untuk pengguna telefon pintar macam iPhone,BlackBerry dan sewaktu…
  • GEMPAR !! Rumah Nabil (Raja Lawak) Dimasuki Perompak
    29.02.2012 - 0 Comments
    SEREMBAN: Kediaman pelawak dan pelakon terkenal, Ahmad Nabil Ahmad atau lebih dikenali sebagai Nabil…
  • Cool: Saintis Jepun Cipta Air Bersifat Elastik
    25.08.2016 - 0 Comments
    Menurut Agensi Sains dan Teknologi Jepun (JST), saintis Jepun telah pun mencipta sejenis bahan yang…
  • Pergh ! Ikan Kerapu 200kg terperangkap dalam pukat nelayan
    22.11.2014 - 0 Comments
    BINTULU-Penat bertarung selama dua jam sebelum berjaya mendaratkan ikan kerapu seberat 200 kilogram (kg)…
  • Jangan Makan Halia Jika Ada 4 Masalah Kesihatan Ini Termasuk Wanita Hamil
    15.04.2017 - 0 Comments
    Halia, sebagai yang diketahui umum, adalah herba yang sangat versatil. Ia boleh digunakan untuk tujuan…