[Aneh] Minyak Wangi Zombie Dengan Aroma Mayat ~ Bila Han Bercerita

Monday, 10 April 2017

[Aneh] Minyak Wangi Zombie Dengan Aroma Mayat

Minyak Wangi Zombie Dengan Aroma Mayat


Minyak wangi merupakan salah satu barang penting yang perlu ada di atas meja hias atau beg tangan seorang wanita. Aroma minyak wangi yang harum menjadi simbol identiti dengan peribadi diri yang anggun dan bersih. Selain itu aroma minyak wangi juga boleh menunjukkan keperibadian seseorang. Maka jangan hairan sekiranya seseorang itu boleh menghabiskan jumlah wang yang banyak untuk membeli satu atau lebih jenis minyak wangi.

Namun, terdapat sesuatu yang berbeza dengan minyak wangi yang satu ini. Sebuah minyak wangi buatan Demeter telah membuat minyak wangi dengan aroma mayat yang di namakan "Zombie Perfume" atau Minyak Wangi Zombie. Khabar baiknya, minyak wangi ini di buat secara berpasangan seperti yang biasa  digunakan untuk golongan lelaki dan wanita.

Minyak wangi Zombie ini di bungkus dengan botol yang sangat menarik sehingga anda boleh membawanya ke mana saja. Untuk minyak wangi golongan lelaki, aromanya berasal dari ekstrak daun kering, jamur lumut dan aroma tanah sehingga boleh membuat anda merasakan aroma "busuk dan reput" badan ketika menggunakannya.

Sementara untuk minyak wangi golongan wanita, aromanya lebih ringan dari minyak wangi lelaki. Mengandungi sedikit aroma wine untuk memberikan kesan feminin. Namun, sesuai dengan namanya, minyak wangiu ini tidak akan jauh dari aroma mayat.

Meskipun ini adalah minyak wangi Zombie, harganya juga tidak terlalu mahal jika dibandingkan dengan minyak wangi jenama lain yang dijual di pasaran. Harga minyak wangi Zombie untuk isipada 29 ml berharga sekitar $20. Sementara minyak wangi isipadu 118 ml harganya sekitar $39.50. Dengan harga seumpama itu, ia mampu bersaing dengan harga minyak wangi lain di pasaran.

Demeter adalah salah satu syarikat perusahaan yang mencipta minyak wangi dengan bau-bau yang aneh. Sekiranya anda tertarik untuk mencari minyak wangi dengan aroma yang luar biasa dari kelainan, anda boleh memeriksa daftar produk minyak wangi keluaran Demeter yang lain dan di sana, anda akan menemui pelbagai jenis aroma minyak wangi yang boleh membuatkan anda geleng kepala. Beberapa contoh minyak wangi yang ada di sana adalah minyak wangi beraroma mesin cuci automatik hinggalah kepada minyak wangi  aroma kotoran.

Minyak Wangi Zombie Dengan Aroma Mayat

Siapa yang rasa tertarik nak beli tu, boleh la lawat kat sini - Demeter Fragrance



Share:

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • COOL & RARE: Gambar Zizan Razak bersama 5 rakan semasa dibangku sekolah
    14.05.2012 - 0 Comments
    Terjumpa gambar ni masa blogwalking.tak pasti tingkatan bape,tapi masih sekolah la.keke.ni la muka mael…
  • (5 Gambar) iPhone Yang Ditemui Dalam Keadaan Beku Selama 1 Bulan Ini Masih Boleh Digunakan
    21.11.2014 - 3 Comments
    Pemilik iPhone ini telah kehilangan gajetnya semasa menempuh cuaca ribut pada waktu malam minggu pertama…
  • Kehidupan Ustaz Azhar Idrus Sebelum Bergelar Ustaz
    18.07.2012 - 1 Comments
    Dahulunya Ustaz seorang gitaris dalam satu kumpulan band muzik sekitar Kuala Terengganu “band boy”. Dan…
  • COOL : Mangkuk Yang Dibeli Dengan Harga RM9 Dilelong RM6.69 Juta
    26.03.2013 - 0 Comments
    Sebiji mangkuk yang dibeli dengan harga kurang AS$3 (RM9) dilelong pada harga AS$2.23 juta (RM6.69 juta)…
  • Gula-gula dadah pancing budak sekolah jadi penagih tanpa sedar
    10.05.2016 - 0 Comments
    Siasatan polis mendapati satu sindiket di Gombak menjual dadah berperisa anggur, dengan label jenama…