(Video) Rekod Layangan Kapal Terbang Kertas Terjauh Berjaya Dipecahkan ~ Bila Han Bercerita

Monday, 10 April 2017

(Video) Rekod Layangan Kapal Terbang Kertas Terjauh Berjaya Dipecahkan

Rekod Layangan Kapal Terbang Kertas Terjauh Berjaya Dipecahkan


Seorang pemain American Football telah berjaya memecahkan rekod dunia untuk jarak terjauh melayangkan sebuah kapal terbang kertas. Lelaki tersebut, Joe Ayoob, berasal dari San Rafael, California, telah berjaya membenamkan rekod dunia lama dengan melayangkan kapal terbang kertas sejauh 226 kaki 10 inci, atau kira-kira 68.9 meter, lebih jauh 20 kaki (6 meter) dari rekod sebelumnya. Kapal terbang kertas tersebut adalah hasil rancangan John Collins dan diperbuat daripada kertas A4 dan sejumlah kecil pita pelekat.


Dalam sebuah rakaman video, menunjukkan Ayoob yang berusia 27 tahun itu melayangkan kapal terbang kertas tersebut di dalam hangar di McClellan Air Force Base dekat Sacramento, California. Apa yang membuat para penonton menahan nafas ketika itu adalah semasa kapal terbang kertas tersebut dilemparkan dan kemudiannya diakhiri dengan kegembiraan semasa kapal terbang itu berjaya jatuh melepasi garisan yang disediakan.


Sebaik sahaja setelah berjaya memastikan rekod dunia tersebut, Ayoob terus memeluk sahabatnya dan John Collins serta para penontong yang meraikan kejayaannya dengan penuh kegembiraan. “Sewaktu kecil saya suka membuat kapal terbang kertas dan melayangkannya sepanjang perjalanan apabila pulang dari sekolah,”ucapnya kepada ESPN, sambil mengatakan bahawa dirinya sangat gembira di atas rekodnya itu.






Share:

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • MUFTI PERAK SOUND NAJIB RAZAK!!
    10.02.2012 - 1 Comments
    Neh kentyataan mufti. Semakin berani mufti perak bersuara terhadap perangai dan kelakuan najib. Padan…
  • Faizal Ismail Kongsi 12 Perkara Menarik Bersama Hot FM
    05.12.2013 - 0 Comments
    1. Berbasikal kira-kira 500 kilometer bersama Fara Fauzana untuk dua peringkat Utara dan Selatan bagi…
  • Hotel yang dibina dari AIS
    17.01.2012 - 0 Comments
  • COOL : Makanan Untuk Mengurangkan Lemak Perut
    10.02.2012 - 0 Comments
    Terdapat pelbagai senaman membantu anda mendapat abs yang di idamkan, tetapi untuk membantu anda…
  • GILA : Remaja Potong Kemaluan Sendiri Kerana Malu Dengan Ereksi
    20.11.2012 - 0 Comments
    Seorang remaja 17 tahun yang berasal dari Fujian memotong kemaluan beliau kerana malu ketika mengalami…