Bola Berapi : Permainan Ekstrem Pelajar Madrasah Menguji Kekuatan Rohani dan Psikologi ~ Bila Han Bercerita

Sunday, 9 April 2017

Bola Berapi : Permainan Ekstrem Pelajar Madrasah Menguji Kekuatan Rohani dan Psikologi

Permainan Ekstrem Pelajar Madrasah Menguji Kekuatan Rohani dan Psikologi


Permainan bola berapi bertujuan  untuk menguji ketahanan dan kekuatan psikologi dan rohani oleh pelajar-pelajar  beberapa Madrasah di  Jawa Timur, Indonesia begitu mencabar sekali.  Setiap  pemain perlu bersedia untuk menghadapi  perlawanan bola sepak berapi dengan melakukan amalan dan pembelajaran seperti berpuasa selama 21 hari  serta mengamalkan  doa -doa tertentu  untuk 'menjinakkan api'.

Permainan selama 60 minit yang sukar  di atas padang berkeluasan 25 x 25 meter, dengan kaki tanpa kasut pastinya terdedah dengan kemungkinan kecederaan akibat menyepak bola kelapa yang terbakar yang telah direndam di dalam minyak tanah selama dua hari.

Permainan Ekstrem Pelajar Madrasah Menguji Kekuatan Rohani dan Psikologi
Buah kelapa direndam dengan minyak tanah selama 2 hari


Permainan Ekstrem Pelajar Madrasah Menguji Kekuatan Rohani dan Psikologi
Kelapa yang telah terendam dengan minyak tanah sedia untuk digunakan dalam perlawanan

Perlawanan yang berlangsung selama 60 minit memerlukan empat biji kelapa berapi sehingga permainan tamat.  Setiap pasukan yang terdiri daripada lima orang pemain ini ada kaitannya dengan permainan tradisi pencak silat, seni mempertahankan diri tradisional Indonesia.

Permainan Ekstrem Pelajar Madrasah Menguji Kekuatan Rohani dan Psikologi

Permainan Ekstrem Pelajar Madrasah Menguji Kekuatan Rohani dan Psikologi

Permainan Ekstrem Pelajar Madrasah Menguji Kekuatan Rohani dan Psikologi

Penganjur pertandingan,  Ali Akhyar berkata, “ Kami membuat bola api untuk menguji keberanian pelajar.  Tujuan upacara pra-perlawanan  dan perlawanan itu sendiri adalah untuk memberi pemain kekuatan psikologi dan kekuatan rohani  memastikan mereka tahan haba di mana api tidak membakar kulit mereka.”

P/s: cool weyhh


sumber



Share:

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • Batman Di Tangkap !!
    05.12.2013 - 0 Comments
    SINGAPURA - Seorang warga Singapura yang mempunyai nama mirip watak adi wira Superman dan Batman telah…
  • Chong Wei Saman Razif Sidek Dan Kosmo, Kerana Dakwaan Ambil Dadah
    03.12.2014 - 0 Comments
    Pemain badminton nombor satu dunia Datuk Lee Chong Wei mengesahkan hari ini akan mengambil tindakan…
  • Kesemua Fail Di MegaUpload Akan Dipadam Dalam Beberapa Hari Lagi?
    30.01.2012 - 0 Comments
    Berita MegaUpload terus memeriahkan industri teknologi pada minggu ini, apabila kini, laman yang telah…
  • Wanita berusia 82 tahun aktif sebagai DJ kelab malam
    15.04.2017 - 0 Comments
    Seorang wanita Jepun berusia 82 tahun kian mendapat perhatian setelah menjadi DJ untuk kelab malam di…
  • WOW COOL !! Honda Jazz Hybrid Dilancarkan – RM94,800 OTR
    17.03.2012 - 1 Comments
    Honda Jazz Hybrid kini dilancarkan secara rasminya dalam satu perjumpaan bersama media di FRIM, Harga yang…