Video : Setahun Tidak Cukur Bulu Ketiak Dan Kaki, Wanita Ini Mahu Galak ‘Natural Beauty’ ~ Bila Han Bercerita

Friday, 28 April 2017

Video : Setahun Tidak Cukur Bulu Ketiak Dan Kaki, Wanita Ini Mahu Galak ‘Natural Beauty’

Setahun Tidak Cukur Bulu Ketiak Dan Kaki, Wanita Ini Mahu Galak ‘Natural Beauty’

Seorang blogger kecergasan telah mendedahkan rahsianya yang sudah setahun tidak mencukur bulu pada bahagian ketiak dan kaki hanya kerana ingin memberi inspirasi buat orang lain tentang pentingnya menjaga kecantikan semula jadi.

Morgan Mikenas telah memuat naik video yang dikongsi di laman instagramnya dengan tajuk “Why I Don’t Shave”.

Gadis ini juga turut mendedahkan kisah silamnya ketika dibuli oleh budak lelaki di dalam kelas gymnasium sewaktu di sekolah. Ketika itu, usia anak muda ini hanya sekitar 11 atau 12 tahun dan dia berlari pulang ke rumah dalam keadaan menangis teresak-esak meminta ibunya mengajar bagaimana cara untuk bercukur.

A post shared by Morgan Mikenas (@i_am_morgie) on

Namun begitu, pada tahun lepas dia telah mengambil keputusan untuk tidak mahu bercukur  terutamanya di bahagian ketiak dan kaki.

Dalam video yang disiarkan di saluran YouTube itu juga, dia menjelaskan bahawa salah satu sebab dia tidak mahu bercukur adalah kerana aktiviti itu sangat meremehkan dan memerlukan masa yang banyak untuk diluangkan.

“Ia memerlukan saya untuk mengambil masa yang lama ketika di bilik mandi bagi melakukan aktiviti bercukur  tersebut. Kemudian, saya harus memcuci rambut dan seterusnya membersihkan anggota badan yang lain,”

“Selepas saya tidak lagi melakukan aktiviti bercukur, saya menyedari bahawa ianya menjadi lebih baik dan lembut,” jelas Morgan lagi.

Setahun Tidak Cukur Bulu Ketiak Dan Kaki, Wanita Ini Mahu Galak ‘Natural Beauty’

Gadis ini juga menambah, dia tidak selesa apabila bercukur kerana kerap berasa gatal dan bekas cukur itu seakan-akan tajam dan membuatkannya tambah tidak mahu lagi bercukur.

Bukan ingin mempengaruhi orang lain supaya tidak bercukur, Morgan juga menasihatkan supaya korang lakukan apa sahaja yang membuatkan korang rasa selesa.

Menurut pengalamannya lagi, dia pernah bekerja di sebuah pusat penjagaan kanak-kanak dan ketika ingin membawa kanak-kanak tersebut berenang di kolam renang, seorang budak telah menegurnya dengan berkata, “Hey, awak kelihatan seperti lelaki.”

Sudah terbiasa dengan tohmahan yang diberi, Morgan juga turut menerima pelbagai kutukan dan penghinaan di media sosial. Ramai yang menganggap perbuatannya ini sesuatu yang menjijikkan namun tidak sekali pun cercaan itu mengubah keputusan yang telah diambil oleh gadis ini.

Baginya, orang lain boleh berkata apa sahaja dan dia juga berhak untuk tidak melakukan rutin yang sama dilakukan oleh wanita-wanita lain.

Cantik itu merupakan perkara subjektif bagi setiap individu. Mungkin bagi Morgan, dia kelihatan cantik jika tidak bercukur tetapi kami takut pula nak bayangkan bagaimana agaknya rupa kita kalau setahun tak bercukur ya?



sumber

P/s: bulu kaki tu tak perlu cukur pon, tapi kalau dah mula cukur, all of sudden stop memang lebat macam kaki lelaki la.haha



Share:

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • Berang Kena Tanggung Hutang RM176 Juta,Johnny Depp Saman Pengurusnya
    02.05.2017 - 0 Comments
    Pelakon sensasi, Johnny Depp memfailkan saman terhadap bekas syarikat pengurusannya iaitu The Management…
  • FAKTA : Siapa Yang Mencipta GOOGLE
    16.03.2012 - 0 Comments
    Google Inc merupakan sebuah syarikat yang didagangkan secara umum. Saham mereka disenaraikan di Nasdaq…
  • GILA!! Menang RM17j nyawa terancam
    14.02.2012 - 0 Comments
    KUALA LUMPUR: Dia mungkin seorang pakar permainan judi komputer apabila menang pertaruhan RM17 juta,…
  • (3 Gambar) Rekaan Terbaru Perodua Myvi 2015 Yang Lebih Garang
    20.12.2014 - 0 Comments
    Gambar kereta Perodua Myvi baru 2015 tersebar menerusi laman sosial. Perodua Myvi rekaan terbaru ini…
  • COOL : Osborne 1, Laptop Pertama Dihasilkan Di Dunia Pada 1981.
    19.11.2012 - 0 Comments
    Sebelum terciptanya DELL, ASUS, Hp, Acer dan lain-lain jenama laptop, Osborne 1 telah mulai dijual…