Bila Waktu Subur Suami? ~ Bila Han Bercerita

Sunday, 16 April 2017

Bila Waktu Subur Suami?

Bila Waktu Subur Suami?, suami subur, waktu buat anak, waktu untuk seks, waktu asmara


Subur bagi kaum lelaki adalah pada kualiti spermanya mengikut keadaan serta waktu sekeliling. Sperma juga dipengaruhi oleh musim dan waktu. Jumlah sperma akan lebih banyak pada waktu pagi dan juga sewaktumusim sejuk. Ketika keadaan cuaca panas, kuantiti sperma aktif akan berkurang serta tidak berkualiti.

Testis lelaki amat sensitif pada suhu persekitarannya, di siang hari dan ketika cuaca panas, keadaan ini akan menjejaskan kualiti sperma dan boleh mengakibatkan kehidupan sperma menjadi lebih singkat. Kerana itu , lelaki tidak digalakkan mandi wap atau bersauna pada waktu tertentu.

Waktu subur suami di anggarkan pada jam 4.00 pagi sehingga 7.00 pagi dan ini adalah waktu yang sesuai untuk anda yang inginkan zuriat atau lebih mudah “senang lekat”.
Pada waktu ini , jumlah sperma lebih banyak dan sangat berkualiti. Untuk pasangan yang merancang zuriat digalakkan menunggu waktu subur kedua-dua suami isteri. Sebab itu, untuk pasangan yang “susah lekat” mereka digalakkan bercuti ke tempat yang menaraik untuk ketenangan minda. Suhu sujuk bilik ‘honeymoon’ akan menambah lagi kelebihan pada kesuburan anda.

Kualiti sperma juga amat mempengaruhi kesuburan lelaki untuk kehamilan isteri. Nak tahu bagaimana sperma kita ada masalah ke tak?


Bila Waktu Subur Suami?

5 ciri-ciri sperma yang bermasalah :

1. Sperma Terlampau Pekat
2. Sperma berwarna Coklat atau kemerahan (sperma yang sihat bewarna putih awan)
3. Sperma bewarna Kuning kehijauan (kemungkinan ada jangkitan kuman)
4. Jumlah sperma yang sedikit (sperma yang sihat akan menghasilkan 200-500 juta sel)
5. Sperma yang berbau busuk.

Sperma yang normal akan berbau seperti klorin, jika sperma anda berbau busuk, ini kemungkinan adanya infection.

Jadi perhatikan dan ambil tahu kualiti sperma anda bermula hari ini.


Apa Yang Perlu Anda Elakkan & Amalkan Untuk Subur :

  1. Gunakan seluar yang longgar, jangan terlampau ketat.
  2. Jauhi keadaan yang terdedah kepada bahan kimia atau radiasi.
  3. Kurangkan aktiviti di luar ketika cuaca panas.
  4. Elakkan minuman beralkohol dan daging merah.
  5. Pilih makanan yang berkhasiat untuk kesuburan.
  6. Berhenti merokok dan jauhi dari asap rokok.
  7. Kurangkan stress yang terlampau, yang boleh jejaskan hormon anda.
  8. Dapatkan berat badan yang ideal.
  9. Jauhi produk yang mengandungi steroid atau dadah terlarang.
  10. Amalkan produk herba yang selamat untuk kesihatan batin & hormon testosteron.



sumber


Share:

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • Remaja Ketagih Viagra Kerana Mahu Tunjuk Hebat
    18.08.2016 - 0 Comments
    Baru berusia 13 tahun, namun seorang remaja telah ketagih kepada Viagra selepas rakan-rakan sekelasnya…
  • [Video] Bosan Dengan Pemanas Kereta Yang Selalu Rosak, Lelaki Ini Gantikan Dengan Dapur Rumah
    10.04.2017 - 0 Comments
    Seorang lelaki bernama Pascal Prokop yang tinggal di bandar Zurich, Switzerland mempunyai banyak masalah…
  • Paderi Peluk Islam Selepas Terjaga dari Koma 17 Bulan
    22.10.2014 - 0 Comments
    Itulah petunjuk yang diberi olehNya kepada seorang paderi di Jakarta yang koma selama setahun lima…
  • (Video) Doktor Keluarkan Cendawan Yang Tumbuh Dalam Perut Wanita
    13.04.2017 - 0 Comments
    Bayangkan apa yang korang makan boleh tertinggal dalam perut dan tumbuh selepas tu? Mungkin itulah yang…
  • Alhamdulillah Awal-Scha sah digelar suami isteri dengan sekali lafaz
    05.05.2012 - 0 Comments
    PUTRAJAYA - Hampir tiga tahun menyulam cinta, pasangan Awal Ashaari, 31, dan Scha Al Yahya, 29, sah…