(Video) Tahukah Anda? Najis Gajah Boleh Menghasilkan Kertas ~ Bila Han Bercerita

Friday, 7 April 2017

(Video) Tahukah Anda? Najis Gajah Boleh Menghasilkan Kertas

(Video) Tahukah Anda? Najis Gajah Boleh Menghasilkan Kertas


Najis  haiwan memang mempunyai  manfaat bagi manusia , misalnya dibuat untuk bahan baja . Namun kali ini najis dari gajah digunakan untuk pembuatan kertas . Projek aneh ini dilakukan oleh Tim Husband , yang sebelumnya bekerja sebagai penjaga zoo di Australia .

Projek ini dirancang akan diadakan di Bali Safari and Marine Park . Dari kaji selidik diperoleh maklumat bahawa gajah - gajah di sana setiap ekor menghasilkan najis sekitar 100 kg sehari . Dan menghabiskan rumput sebanyak 180 kg sehari . Projek ini akan memanfaatkan bantuan dari penduduk sekitar , terutama dalam pengumpulan najis .

Seperti disiarkan di International Business Times , untuk menghasilkan 15 kertas berkualiti tinggi memerlukan satu timbunan najis gajah . Kaedah kitar semula najis menjadi kertas yang bermanfaat ini tidak hanya berlaku untuk najis gajah saja , tetapi boleh dipakai untuk haiwan pemakan rumput lain .

 Di tahun 2005 , Creative Paper Tasmania sudah berjaya untuk mengubah najis kanggaru menjadi kertas dan alat tulis lain . Najis gajah tidak menghancurkan seluruh dedaunan yang mereka hadamkan , sehingga najis yang mereka keluarkan masih banyak mengandung serat . Dan serat - serta tersebut yang akan dibuat sebagai bahan asas kertas . Huraian ini menunjukkan bahawa mengubah najis haiwan menjadi kertas bukanlah usaha mustahil .

Keterangan yang diungkap oleh Ecology Global Network , penggunaan najis haiwan menjadi kertas akan menyumbang dalam penyelamatan lingkungan khususnya hutan . Keperluan kertas dunia mengalami peningkatan luar biasa , sebanyak 400 peratus dalam kurun waktu 40 tahun . Bermakna telah berlaku penebangan hutan sekitar 4 bilion pokok , atau kira - kira 35 peratus daripada jumlah keseluruhan hutan di dunia. 


Jom saksikan video menarik ini:





Share:

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • Fahami Inggeris dengan bahasa Melayu
    24.01.2012 - 0 Comments
    IDEA Noorizah (kanan) dan Rosniah banyak membantu mereka yang berminat untuk mempelajari bahasa Inggeris…
  • Fakta! Kesan Makan Asam Atau Jeruk Terlampau Banyak
    03.11.2014 - 0 Comments
    Walaupun sejak kebelakangan ini jeruk mangga asam boi bercili menjadi pujaan hati bagi penggemar jeruk,…
  • GEMPAR !! Sazali anak P. Ramlee terlantar sakit
    20.02.2012 - 0 Comments
    SAZALI yang kini terpaksa menggunakan kerusi roda untuk bergerak ketika ditemui di Semenyih…
  • Jutawan maut ditikam anak sendiri
    02.05.2012 - 1 Comments
    TRAGEDI...ahli keluarga membawa mayat mangsa keluar dari bilik mayat Hospital Raja Permaisuri Bainun,…
  • Video : Isteri serang & bogelkan 'kekasih' suaminya di Starbucks
    15.05.2017 - 0 Comments
    CHINA - Seorang isteri yang tidak dapat lagi mengawal kemarahannya bertindak menyerang wanita yang…