Sos Edisi Terhad McDonald 1998 dijual dengan harga RM64,863 ~ Bila Han Bercerita

Saturday, 15 April 2017

Sos Edisi Terhad McDonald 1998 dijual dengan harga RM64,863

Sos Edisi Terhad McDonald 1998 dijual dengan harga RM64,863


BEIJING - CHINA. Sos pencicah McDonald keluaran khas menjadi tajuk utama media di China selepas sos vintaj itu dijual di eBay bersama sos perisa lain dengan nilai $14,700 (RM 64,863) minggu ini.

Pek sos teriyaki "Mulan Szechuan"  hanya dijual di beberapa negara barat pada tahun 1998, ketika rangkaian makanan segera itu mempromosikan filem animasi Disney Mulan.

Ia diletakkan dalam lelongan di eBay bersama-sama dengan sos wasabi oleh seorang penjual dari Britain minggu ini, lapor Beijing Evening News.

Penjual berkata, dia telah menemui dua paket sos pencicah edisi terhad itu semasa mencuci sebuah kereta lama.

Sos Edisi Terhad McDonald 1998 dijual dengan harga RM64,863

Sos pencicah itu menerima 187 bidaan sebelum dijual dengan harga $14,700 (RM 64,863).

"Saya berharap sesiapa yang mahu untuk makan sos yang berusia 20 tahun ini, sila dapatkannya.

"Saya lebih suka ia tidak dijual kepada pengumpul," tulis penjual itu dilaman eBay.

Masakan Sichuan yang berasal dari barat daya China, Sichuan mempunyai ciri ciri, pedas, masam, dan manis.

Sos pencicah teriyaki Mulan Szechuan digambarkan berasa manis, masam dan pedas.

Sos itu menjadi perhatian semula selepas disebut dalam animasi popular Amerika Ricky and Morty.

Dalam tayangan perdana musim ketiga yang ditayangkan pada 1 April, watak utama Rick memberitahu Morty "Saya mahukan McNugget dengan sos pencicah Szechuan."

Susulan itu, beribu-ribu peminat memulakan petisyen dalam talian menuntut McDonald memperkenalkan kembali sos berkenaan.

Petisyen itu telah ditandatangani oleh 35,000 tandatangan oleh Khamis. - South China Morning Post



sumber



Share:

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • Berang Kena Tanggung Hutang RM176 Juta,Johnny Depp Saman Pengurusnya
    02.05.2017 - 0 Comments
    Pelakon sensasi, Johnny Depp memfailkan saman terhadap bekas syarikat pengurusannya iaitu The Management…
  • COOL : Inilah cara membuat ubi kentang bakar yang menyelerakan
    02.04.2013 - 0 Comments
    kentang biasa dengan sedikit kreativiti akan jadi luar biasa.wohoo.korang boleh try kat umah..resepi…
  • Tutorial: Buang Virus Malware Dalam Blog
    25.01.2012 - 0 Comments
    Ramai blogger xtau yang blog die ade virus nie Sesiapa yg nk tau boleh cuba tutorial ni Ni Contohnye bila…
  • Sawah di buat di atas bumbung di China
    19.03.2015 - 0 Comments
    Beijing: Sebuah kilang di Chongqing bertindak mengubah suai bumbung seluas 10,000 meter persegi menjadi…
  • GILA : Lelaki Ini Telah Berkahwin Sebanyak 62 Kali
    04.11.2014 - 0 Comments
    Kaherah: Seorang lelaki, Abu Shadeed, berkata, dia kahwin kali pertama ketika berusia 16 tahun dan…