Cool : Rolls Royce Rancang Untuk Bina Armada Kapal Kargo Tanpa Pemandu ~ Bila Han Bercerita

Friday, 28 April 2017

Cool : Rolls Royce Rancang Untuk Bina Armada Kapal Kargo Tanpa Pemandu

Rolls Royce Rancang Untuk Bina Armada Kapal Kargo Tanpa Pemandu

Seperti yang kita tahu, pesawat drone secara perlahan-lahan sedang mengambil alih ruang udara dengan versi pesawat tentera dan komersial yang fungsinya yang tersendiri. Pihak Rolls-Royce juga sedang merancang untuk membina dan memperkenalkan armada kapal kargo drone tanpa serorang krew kapal di atasnya.

Projek industri perkapalan yang dijangka menelan kos sebanyak US$375 bilion ini akan bertanggungjawab dalam merevolusikan 90 peratus jalan perdagangan dunia dan dikawal selia sepenuhnya dengan menggunakan dek maya yang dibnagunkan di Norway. Kapal-kapal kargo ini akan membolehkan kapten-kapten kapal memberikan arahan walau kapal tersebut berada di mana sahaja di seluruh dunia dengan cara yang lebih selamat, murah dan mesra alam.

Pihak Rolls Royce juga telah mula mereka bentuk kapal kargo dron mereka bagi membawa muatan ke serata dunia. Kamera juga akan diletakkan pada kapal-kapal berkenaan bagi memberikan pandangan 360 darjah persekitaran keseluruhan kapal yang kemudiannya akan disiarkan secara langsung kepada operator dek maya yang terletak di Norway. Para operator (kapten) akan dapat mengawal dan mengemudi kapa di bawah arahan mereka ke destinasi yang ditetapkan.

Rolls Royce juga dilihat optimistik mengenai pendekatan baru mereka untuk memodenkan salah satu industri yang tertua di dunia. Mereka berharap untuk mempunyai kapal-kapal ini dalam masa 10 tahun akan datang dan telah mula menyesuaikan kapal kargo mereka dengan kamera tercanggih yang ada.

Rolls Royce Rancang Untuk Bina Armada Kapal Kargo Tanpa Pemandu

Rolls Royce Rancang Untuk Bina Armada Kapal Kargo Tanpa Pemandu

Rolls Royce Rancang Untuk Bina Armada Kapal Kargo Tanpa Pemandu

Rolls Royce Rancang Untuk Bina Armada Kapal Kargo Tanpa Pemandu

Video:




Share:

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • Tips : Tanda-tanda Terkena Sihir
    25.01.2013 - 0 Comments
    Sakit kepala selepas waktu asar keatas. Badan terasa berat dan malas. Sukar mendapat jodoh. Badan…
  • Mat Skodeng Kena Siram Air Panas
    09.05.2012 - 0 Comments
    gambar hiasan SARIKEI – Tabiat jelik seorang lelaki warga Bangladesh yang gemar mengintai wanita dalam…
  • Kesemua Fail Di MegaUpload Akan Dipadam Dalam Beberapa Hari Lagi?
    30.01.2012 - 0 Comments
    Berita MegaUpload terus memeriahkan industri teknologi pada minggu ini, apabila kini, laman yang telah…
  • Zahiril Adzim Beri Penjelasan Terpaksa Sembahyang Dipakir PWTC
    14.11.2014 - 1 Comments
    Seharusnya dalam perkara ini Zahiril Adzim tidak harus dipersalahkan malah ia telah menjadi kewajipan…
  • FAKTA : 5 Negara Ini Tiada Angkatan Tentera
    10.05.2016 - 0 Comments
    1.  Palau Negara kecil ni mempunyai 328 buah pulau yang terletak di Lautan Pasifik. Populasi…