Video : Cef Britain pekak akibat makan 'mi maut' ~ Bila Han Bercerita

Friday, 28 April 2017

Video : Cef Britain pekak akibat makan 'mi maut'

BEN Sumadiwiria menunjukkan mi paling pedas di dunia di sebuah gerai kecil di tepi jalan di Jakarta

JAKARTA: Seorang cef Britain yang makan mi paling pedas di dunia, 4,000 kali ganda lebih pedas berbanding sos Tabasco, pekak selama dua minit selepas menjamah hidangan itu.

Ben Sumadiwiria, 22, dari London menemui hidangan itu di sebuah gerai kecil di tepi jalan di ibu kota ini.

Mi yang digelar 'mi maut' itu mengandungi 100 biji cili api burung digiling bersama, memberinya penarafan Scoville (ukuran kepedasan) sebanyak 20 juta berbanding sos Tabasco yang berskala 5,000. Sebiji cili api burung diberi 200,000 unit Scoville.

Selepas Ben melahap makanan itu, badannya mula berpeluh, rasa berpusing dan terpaksa merendam kepalanya dalam air, malah pekak selama dua minit.

Cef itu berkata: "Ini adalah makanan paling pedas pernah saya makan. Dalam masa beberapa saat memakannya, badan saya berpeluh dan merasa tidak sihat.

Video : Cef Britain pekak akibat makan 'mi maut'

"Sesiapa saja yang mencubanya akan muntah ke longkang. Ia dikenali sebagai 'mi maut' dan sesetengah penduduk tempatan mampu menghabiskan semuanya, ...agak gila," katanya.

Ben, seorang cef sepenuh masa dan pembuat video yang mana ibu bapanya berasal dari Indonesia, melawat keluarganya di kawasan itu, membayar Rp34 (RM0.01) untuk sepinggan mi dan telur goreng.

Cili jenis Carolina Reaper direkodkan antara paling pedas di dunia dengan penarafan unit Scoville sebanyak 2.2 juta, namun apabila dicampurkan dengan cili lain ke dalam sepiring makanan, ia seperti mi maut yang menghasilkan kepedasan melampau. - Agensi




sumber



Share:

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • 5 KOTA PALING BUSUK
    24.01.2012 - 0 Comments
    Sebenarnya ada banyak lagi kota yang lebih busuk tetapi 5 kota ni termasuk dalam list ni kerana kota-kota ini…
  • (7 Gambar) Shahrol Shiro Sah Bergelar Suami Anna Danisha
    19.03.2016 - 0 Comments
    Tahniah diucapkan buat pelawak dan penyampai radio ERA Shahrol Azizie atau nama gelarannya Shahrol Shiro…
  • Kisah Sedih Jep Sepah Sebelum Bergelar Pelawak
    27.07.2013 - 0 Comments
    Mohd Nadzri Zainal Abidin atau Jep Sepah menceritakan keperitan hidupnya sebelum begelar pelawak satu…
  • Zed Zaidi Malu Dimaki Depan Isteri
    14.03.2012 - 1 Comments
    KUALA LUMPUR, 12 MAC 2012: Perjuangan Timbalan Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Rozaidi…
  • RM120 Untuk Cari Jodoh Halal Cara Islam
    15.05.2016 - 0 Comments
    Halal Speed Dating menjadi medan pertemuan menggunakan kaedah temu janji pantas yang memenuhi syarat…