Beg tangan RM4,423 diguna untuk bawa ikan di pasar ~ Bila Han Bercerita

Wednesday, 5 April 2017

Beg tangan RM4,423 diguna untuk bawa ikan di pasar

Beg tangan RM4,423 diguna untuk bawa ikan di pasar


Taipei: Seorang wanita yang menghadiahkan beg tangan berjenama kepada neneknya terkejut apabila mendapati ia digunakan untuk mengisi barangan dapur termasuk ikan.

Wanita itu melalui laman sosial menceritakan kisah dia membeli beg Neverfull dari Louis Vuitton (LV) yang berharga lebih RM4,423 untuk dihadiahkan kepada neneknya.

Katanya, dia membeli hadiah berkenaan selepas mendapati neneknya menggunakan beg tangan sama sejak bertahun-tahun.

Selepas beberapa bulan, wanita itu melawat semula neneknya dan terkejut selepas mendapati beg itu digunakan untuk pergi ke pasar.

Lebih mengejutkan lagi, neneknya meletakkan barangan dapur yang dibelinya termasuk ikan di dalam beg berkenaan.


“Saya baru membeli ikan segar, saya akan masaknya untuk kamu hari ini.

“Beg ini juga sangat bagus. Ia kalis air walaupun sedikit berat,” kata neneknya kepada wanita itu.

Kerana melihat neneknya sangat gembira, wanita itu memutuskan untuk tidak bercakap apa-apa dan terus memeluk neneknya.

“Saya hanya menjalankan tugas sebagai cucu, selagi nenek gembira, saya sudah berpuas hati.

“Patutlah beg LV ini mempunyai reputasi yang tinggi, sangat tahan dan boleh dipercayai,” kata wanita itu.


P/s: cayalah nenek.hehe


sumber



Share:

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • WOW !! Dato' Jamal Muhammad Yunus akan hadiahkan lamborghini dan BMW
    24.05.2012 - 0 Comments
    aku tak tahu ni propa ke apa.jumpa masa merayau2.Dato ni berkata bagi sesiapa yang cintakan keamanan dan…
  • Cool : Lelaki Ni Print T-Shirt dan Bag Guna Penutup Longkang Je
    18.08.2016 - 0 Comments
    Selalu kalau nak buat baju mesti nak kena design dulu kemudian hantar kedai mereka akan guna macam-macam…
  • COOL : Inilah Pemilik Jet Peribadi Terbesar & Termahal Di Dunia
    10.12.2012 - 0 Comments
    Al Waleed Bin Talal ialah seorang ahli perniagaan dan juga ahli keluarga diraja Arab Saudi. Dia merupakan…
  • Masjid Bawah Tanah Yang Unik di Abu Dhabi
    16.05.2017 - 0 Comments
    Pernahkah anda melihat sebuah masjid yang dibina tanpa sebarang reka bentuk luaran, namun dibina di bawah…
  • PENTING: Kejadian Ribut Geomagnetik Petanda Kiamat Makin Hampir?
    26.01.2012 - 0 Comments
    Satu fenomena letusan suar matahari dan semburan jisim korona (Coronal Mass Ejection, CME) telah…