COOL !! Kereta berinternet ~ Bila Han Bercerita

Friday, 24 February 2012

COOL !! Kereta berinternet


NILAI TAMBAH...Syed Zainal (dua dari kiri) bersama  Yeoh  (kanan)  pada majlis pelancaran Yes 4G yang dipasang pada Proton Inspira, semalam.
NILAI TAMBAH...Syed Zainal (dua dari kiri) bersama Yeoh (kanan) pada majlis pelancaran Yes 4G yang dipasang pada Proton Inspira, semalam.



PROTON Holdings Bhd (Proton), pengeluar kereta nasional pertama negara muncul syarikat kenderaan pertama di Malaysia yang melancarkan kereta penumpang dengan kemudahan Internet rangkaian 4G bermula dengan model terbaru Proton P3-21A.

Serentak itu, Proton turut mengumumkan kesediaan perkhidmatan Internet dalam kebanyakan kenderaan dikeluarkan syarikat pada masa depan yang menggunakan kemudahan disediakan pembekal akses Internet 4G, YTL Communications Sdn Bhd (YTL Communications).


Pengarah Urusan Kumpulan Proton, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir berkata, Proton sedia memberi nilai tambah dalam kenderaan keluaran mereka pada masa depan bagi memenuhi permintaan pengguna kerana industri automotif bukan lagi tertumpu pada rekaan semata-mata, tetapi mahukan nilai tambah.

“Justeru, kami mengambil keputusan untuk melangkah ke depan memberikan nilai tambah yang diidamkan pengguna,” katanya selepas melancarkan kereta dilengkapi akses Internet Yes 4G pertama di Kuala Lumpur, semalam.


Turut hadir Pengarah Eksekutif Yes, Datuk Yeoh Seok Hong.


Beliau berkata, Proton bekerjasama dengan YTL Communications selama setahun bagi membangunkan teknologi dalam kenderaan yang mengandungi modem jenis Huddle dan tiga slot bagi peranti mudah alih, iPad.

“Ia antara usaha kami ke arah penjenamaan semula Proton selain menawarkan pengguna keselesaan dan kelajuan yang lebih hebat ketika berada di jalan raya,” katanya.


Rangkaian Yes 4G kini mempunyai 65 peratus liputan di seluruh negara selain mempunyai akses kukuh di sepanjang 960 kilometer Lebuhraya Utara-Selatan dan sebahagian Lebuhraya Pantai Timur.

Sementara itu, Yeoh berkata, syarikat bersedia memperluaskan kawasan liputan bagi memenuhi permintaan Internet yang meningkat.-metro-
Share:

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • Rahsia “Bar Code” Pada Buah-Buahan Yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    05.12.2013 - 0 Comments
    Ada sebab mengapa setiap buah-buahan dan sayur-sayuran dilekatkan pelekat seperti di dalam gambar. Apa…
  • GILA !! Isteri maut selepas kelar suami
    21.02.2012 - 0 Comments
    MAYAT Jian Min (gambar kecil) terbaring selepas dikatakan terjatuh dari tingkat lima sebuah pangsapuri di…
  • GEMPAR !!Pemimpin Berpangkat Datuk Dapat BR1M
    18.02.2012 - 0 Comments
    Seorang pemimpin bahagian MCA di Pahang yang berpangkat Datuk turut menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia…
  • FAKTA : Siapa Yang Mencipta GOOGLE
    16.03.2012 - 0 Comments
    Google Inc merupakan sebuah syarikat yang didagangkan secara umum. Saham mereka disenaraikan di Nasdaq…
  • COOL : Inilah Aplikasi Paling Berguna Untuk Jejak Si Pencuri Telefon Pintar Anda
    15.09.2014 - 0 Comments
    Kes-kes telefon pintar hilang kini telah menjadi kes yang biasa kita dengar, sama ada atas kecuaian diri…