GILA !!Tembaga RM190,000, CCTV stesen janakuasa elektrik lesap ~ Bila Han Bercerita

Sunday, 19 February 2012

GILA !!Tembaga RM190,000, CCTV stesen janakuasa elektrik lesap



SEREMBAN – Sekumpulan pencuri memecah masuk sebuah stesen janakuasa elektrik yang belum beroperasi berhampiran Stesen Komuter Senawang di sini dan melarikan komponen tembaga bernilai kira-kira RM190,000.

Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamarudin berkata, tidak cukup dengan itu, kamera litar tertutup (CCTV) di stesen itu turut dilarikan.

Katanya, kejadian itu disedari dua pekerja yang menyelia stesen berkenaan ketika tiba di situ pada pukul 9 pagi kelmarin.

“Dua pekerja tersebut terkejut apabila melihat komponen elektrik di stesen berkenaan sudah dileraikan dan komponen tembaga hilang manakala CCTV turut dilarikan,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Ujarnya, kali terakhir pekerja memeriksa stesen itu adalah pada 20 Januari lalu.

Menurutnya, pencuri terbabit memotong pagar untuk memasuki stesen berkenaan.

sumber
Share:

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • ALLAHUAKBAR !! Ferrari terbakar, pemandu sempat selamatkan diri
    17.03.2012 - 0 Comments
    SEREMBAN - Sebuah kereta Ferrari musnah terbakar dalam satu kejadian di Kilometer 28.2, Lebuhraya…
  • GILA !! Tunjuk Hebat Di YouTube,Bawa Padah
    11.03.2012 - 0 Comments
    TOKYO - Inginkan kelainan dengan cara tersendiri serta sifat menunjuk nunjuk seorang doktor akhirnya…
  • AWAS : Batang Lolipop Pendafluor Mengandungi Toksik
    10.03.2012 - 0 Comments
    KUALA LUMPUR – Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Kementerian Kesihatan mengharamkan segera…
  • GILA !! LELAKI BERANG DAPAT ANAK HYPERAKTIF,BALING ANAK KE DINDING
    10.04.2012 - 0 Comments
    ULU TIRAM: Akibat tertekan dengan dua anaknya yang hiperaktif, seorang lelaki didakwa melepaskan geram…
  • Tahniah !! Jackie Chan Diberi Gelaran Datuk
    02.02.2015 - 0 Comments
    KUALA LUMPUR: Pelakon dari Hong Kong, Jackie Chan mengejutkan ramai pihak apabila beliau hadir menerima…