KEMANA ROH KITA SEBAIK KELUAR JASAD ~ Bila Han Bercerita

Tuesday, 21 February 2012

KEMANA ROH KITA SEBAIK KELUAR JASAD


KEMANA ROH KITA SEBAIK KELUAR JASAD


Menurut Ibn Qayyum, tatkala ROH keluar dari JASAD, mereka akan terbahagi kepada dua kelompok.

Kelompok pertama adalah ROH LALAI, yakni orang Islam yang tidak solat dan jarang beramal soleh tetapi menyangka mereka jauh lebih baik dari orang yang beramal soleh dan sering pula menghina para ulama yang tidak sehaluan dengan mereka selain orang-orang kafir, manakala kelompok kedua adalah ROH BERIMAN.

ROH LALAI, sebaik keluar dari jasad akan terus diperlihatkan neraka jahannam dan mereka terperanjat lalu menangis ketakutan seraya berkata:"Alangkah baiknya kiranya aku dahulu mengerjakan (amal soleh) untuk hidupku ini" (Al Fajr:24)

Sedang ROH BERIMAN, sebaik keluar dari jasad terus dibawa melalui 7 lapisan langit dengan haruman kasturi sehingga berpandangan para penghuni langit seraya memberi salam kepada roh itu. Dibawa malaikat Izrael sehingga roh itu berhadapan dengan Allah Swt, lantas Allah berfirman:

Hai jiwa yang tenang (27), Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredhai-Nya (28). Maka masuklah ke dalam jemaah hamba-hamba-Ku (29) dan masuklah ke dalam syurga ku (29) - (Al Fajr:27, 28, 29)

Selepas melihat balasan syurga yang bakal diterimanya pada hari kiamat kelak, roh dibawa semula kepada jasad ketika proses mengkafan jenazah, dan kemudian dibawa ke kubur untuk SOAL KUBUR.

Mati itu benar, soal kubur itu juga benar.


Share:

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • Elak Kuat Menangis & Bersedih Waktu Mengandung, 6 Kesan Buruk Kepada Bayi !!
    10.04.2017 - 0 Comments
    Waktu mengandung apa yang ibu makan dan minum akan diperolehi oleh bayi dalam rahim. Bukan itu sahaja,…
  • COOL : 6 Kebaikan Mandi Sebelum Subuh
    14.03.2012 - 0 Comments
    Pertama : Kulit lebih Lembut dan Halus Pada waktu pagi selalunya kita akan memasang 'water heater'…
  • (Fakta) Air Di Tasik Ini Terlalu Bahaya Dan Tidak Boleh Di Sentuh
    23.11.2014 - 0 Comments
    Tasik Chagan di Kazakhstan mempunyai panorama yang sangat indah. Rumput hijau dan batu kecil menghiasi di…
  • Video: Kajian Menunjukkan Pokok Pun Sebenarnya Ada Perasaan Dan Rasa Sakit
    14.04.2017 - 0 Comments
    Jangan ingat manusia dan haiwan je yang ada perasaan dan rasa sakit tau sebab terdapat kajian yang…
  • Tilam Kepam dan Kotor? Boleh Guna Baking Soda Nak Nampak Macam Baru!
    07.04.2017 - 0 Comments
    Tilam kalau dah pakai bertahun-tahun mesti lah semakin kepam dan bau pun semakin 'sedap'. Bukan itu sahaja,…