GEMPAR !!Kemalangan 10 biji kereta,VOLKSWAGEN HANCUR.Semuanya salah driver lori ~ Bila Han Bercerita

Sunday, 19 February 2012

GEMPAR !!Kemalangan 10 biji kereta,VOLKSWAGEN HANCUR.Semuanya salah driver lori


REMUK...keadaan Volkswagen Passat selepas dirempuh  dari arah belakang.
REMUK...keadaan Volkswagen Passat selepas dirempuh dari arah belakang.


GEORGETOWN: Kira-kira 10 pemandu nyaris maut apabila seorang drebar lori gagal memberhentikan kenderaannya sebelum merempuh kenderaan lain dalam kemalangan di Jalan Sultan Azlan Shah, di sini, semalam.

Kejadian kira-kira jam 11.50 pagi itu membabitkan 10 kenderaan iaitu dua lori, tujuh kereta dan sebuah van berhampiran simpang lampu isyarat ke Sunny Point menghala ke Gelugor dan Universiti Sains Malaysia (USM).

Sebuah kereta jenis Volkswagen Passat bernilai lebih RM250,000 rosak teruk akibat rempuhan kuat di bahagian belakang menyebabkan ia terperosok antara lori dan kenderaan lain.
Selain itu, sebuah kereta Proton Saga turut remuk, manakala enam kenderaan lain terhimpit antara satu sama lain dan sebuah lori membawa sisa pepejal melintang di tengah jalan raya.

Tiada kecederaan parah dilaporkan dan pemandu lori melarikan diri selepas kejadian.

Pemandu kereta Proton Saga yang dikenali sebagai Jason Loo, 29, berkata, dia terkejut apabila keretanya dirempuh dari belakang ketika berhenti di persimpangan lampu isyarat itu.


“Saya terkejut kerana kereta saya terperosok dengan kereta lain, namun bernasib baik kerana tiada kecederaan berlaku,” katanya.
HANCUR...sebuah kereta tersepit dalam kemalangan babit 10 kenderaan.
HANCUR...sebuah kereta tersepit dalam kemalangan babit 10 kenderaan.


Sementara itu, jurucakap polis berkata, siasatan awal mendapati pemandu lori 12 tan berusia 30-an itu dari arah Jalan Sungai Nibong menghala ke Jalan Sultan Azlan Shah dan dikatakan membrek lorinya secara mengejut.
Katanya, ketika itu terdapat pelbagai jenis kenderaan berhenti berhampiran lampu isyarat kerana ketika itu lampu merah dan akibat brek mengejut, lori itu gagal berhenti sebelum melanggar kenderaan di depannya.

Menurutnya, kemalangan itu menyebabkan kesesakan teruk sepanjang lima kilometer, namun trafik kembali lancar selepas sepasukan anggota bomba dari Jalan Perak mengalihkan kenderaan berkenaan.

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintendan Ahmad Bakhtiar Kassim ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan berkata, siasatan masih dijalankan. Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut (IPDTL), Inspektor Syed Azman Syed Abdul Aziz di talian 04-2181887.-METRO
Share:

Related Posts:

1 comment:

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • COOL : Inilah Aplikasi Paling Berguna Untuk Jejak Si Pencuri Telefon Pintar Anda
    15.09.2014 - 0 Comments
    Kes-kes telefon pintar hilang kini telah menjadi kes yang biasa kita dengar, sama ada atas kecuaian diri…
  • Ini Berlaku Pada Organ Tubuh Badan Ketika Naik Syahwat
    14.08.2017 - 0 Comments
    Berkemungkinan anda meneka bagaimana ekspresi atau keadaan diri anda ketika mencapai klimaks semasa…
  • Mitos Mengenai Kappa(Mambang air kaum Jepun)
    13.06.2012 - 1 Comments
    KAPPA hey guys,korang pernah dengar pasal hantu air jepun/mambang air atau lebih dikenali KAPPA ?first…
  • Lelaki Ini Berhenti Kerja Untuk Menjaga Kekasihnya Yang Menghidapi Barah
    06.11.2014 - 0 Comments
    Henan: Seorang pemuda berusia 24 tahun di Shandong sanggup berhenti kerja dan berpindah ke Henan untuk…
  • Al Fatihah Osman Kering Meninggal Dunia
    29.06.2012 - 0 Comments
    KUALA LUMPUR – Osman Kassim, 57 atau Osman Kering yang dimasukkan ke hospital 10 Jun lalu akibat…