SUBHANALLAH !! Kitab Injil 1,500 Tahun Ditemui ~ Bila Han Bercerita

Wednesday, 29 February 2012

SUBHANALLAH !! Kitab Injil 1,500 Tahun Ditemui




ANKARA – Satu naskhah kitab Injil berusia 1,500 tahun yang mengandungi ramalan Nabi Isa mengenai kedatangan Nabi Muhammad menarik perhatian Vatican apabila pemimpin agama Roman Katolik, Pope Benedict XVI, dilaporkan meminta untuk melihat kitab itu, yang disembunyikan di Turki sejak 12 tahun lalu.

Menteri Kebudayaan dan Pelancongan Turki Ertugrul Gunay, memberitahu akhbar Daily Mail, naskhah yang dianggarkan bernilai AS$22 juta (RM66 juta) itu mengandungi ramalan Nabi Isa mengenai kedatangan Muhammad.

Bagaimanapun Gereja Kristian menghalang maklumat itu daripada disebarkan dan diketahui ramai selama bertahun-tahun, berikutan persamaannya dengan pandangan Islam mengenai Nabi Isa, katanya.
Dalam Islam, Nabi Isa dilayan sebagai manusia, bukan Tuhan. Ia menolak idea Holy Trinity dan penyaliban serta mendedahkan ramalan Nabi Isa mengenai kedatangan Nabi Muhammad.

Dalam satu versi kitab Injil itu, Nabi Isa dikatakan bercakap dengan paderi: Bagaimana hendak memanggil penyelamat itu? Dia Mohammed adalah nama diberkati.

Dalam satu lagi catatan, Nabi Isa menafikan beliau adalah penyelamat sebaliknya orang itu datang dari golongan Ismaili merujuk kepada bangsa Arab keturunan Nabi Ismail.

Menurut laporan, umat Islam mendakwa naskhah itu, yang dikatakan ramai ialah Injil Saint Barnabas, adalah tambahan kepada Injil asli Mark, Matthew, Luke dan John.

Saint Barnabas secara tradisi dikenali sebagai pengasas Gereja Cypriot dan seorang mubaligh era awal perkembangan agama Kristian.

Gunay berkata, kitab Injil berkenaan ditulis tangan di atas kulit haiwan dengan emas menggunakan bahasa Aramaik (dipercayai hampir serupa dengan bahasa Hebrew).

Beliau berkata, Vatican secara rasmi meminta untuk melihat buku itu, yang ditemui Turki ketika operasi antipenyeludupan pada 2000. Kumpulan samseng dilaporkan menyeludup pelbagai artifak purba.
Ia dikawal ketat oleh pihak berkuasa sebelum diserahkan kepada Muzium Etnografi Ankara dan akan dipamerkan tidak lama lagi. Salinan muka surat tunggal yang ditulis Nabi Isa dilaporkan bernilai AS$2.4 juta (RM7.2 juta).

Bagaimanapun, keraguan mengenai keaslian manuskrip bertulis tangan itu mula timbul. Paderi Protestan, Ihsan Ozbek, berkata buku versi itu dikatakan dari abad kelima atau keenam, manakala Saint Barbanas hidup pada abad pertama sebagai seorang daripada pesuruh Nabi Isa. – Agensi
Share:

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • GILA !! Wiski dan vodka halal akan mula dijual di Eropah
    16.11.2014 - 0 Comments
    Minuman vodka dan whiskey halal yang dijual syarikat ArKay Beverages Selepas melancarkan barisan produk…
  • ALLAHUAKBAR !! Treler Melayang Dipukul Puting Beliung
    08.04.2012 - 0 Comments
    DALLAS, Amerika Syarikat (AS) - Sebuah treler melayang semasa puting beliung melanda kawasan…
  • [VIDEO] WOW !! SCHA DILAMAR OLEH AWAL ASHAARI KETIKA LIVE BERSIARAN DI Propaganza
    25.03.2012 - 0 Comments
    Hai korang.ni tadi buka2 youtube ada sorang dari subscriber comment.dan tengok la suggested video.video awal…
  • Lemaskan Sampai Mati, CCTV Bongkar Perilaku Bapa Tiri
    06.04.2017 - 0 Comments
    TEKA-TEKI kematian seorang kanak-kanak berusia tiga tahun di dalam sebuah kolam hotel di Morelia, Mexico,…
  • Gadis Selamba Berenang Dengan Buaya
    29.04.2017 - 0 Comments
    CUBA - Seorang jurugambar hidupan liar merakamkan aksi luar biasa apabila membawa anak perempuannya…