COOL !! Trafik Yahoo! Malaysia Meningkat 600% ~ Bila Han Bercerita

Wednesday, 22 February 2012

COOL !! Trafik Yahoo! Malaysia Meningkat 600%


Trafik Yahoo! Malaysia Meningkat 600%

KUALA LUMPUR – Yahoo! baru-baru ini mengumumkan pengembangan integrasinya dengan rangkaian sosial Facebook iaitu Social Bar diperluaskan ke seluruh pasaran Asia Tenggara dan India.

Ketua Pegawai Produk Yahoo!, Blake Irving berkata, dengan pelancaran tersebut pengguna Yahoo! termasuk di Malaysia kini boleh berhubung dan menambah rakan diseluruh dunia.

“Yahoo! mencapai 72 peratus daripada jumlah pengguna Internet di Malaysia. Pelancaran terkini ini menandakan fasa baharu dalam perhubungan Yahoo! dengan Facebook dan satu pencapaian dalam strategi Yahoo! untuk meningkatkan pengalaman sosial dan peribadi,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Irving berkata, sejak pelancaran Social Bar pada September tahun lalu menyaksikan trafik daripada Facebook kepada Yahoo! meningkat dengan ketara.

Menurutnya, sejak pelancaran Social Bar secara global, lebih 22 juta orang telah menyertainya lantas meningkatkan rujukan dari Facebook kepada Yahoo!.

Tambahnya, situasi tersebut juga membawa pengikut bersosial yang lebih muda iaitu berusia antara 18 hingga 34 tahun kepada Yahoo!.

“Di Malaysia pula sejak pelancarannya pada bulan Disember tahun lalu, trafik ke Yahoo! meningkat lebih 600 peratus,” katanya lagi.

sumber
Share:

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • [Video] Fakta Kecederaan Yang Di Alami Jackie Chan
    27.06.2012 - 0 Comments
    Seperti yang kita tahu,Jackie Chan merupakan seorang pelakon stunt yang melakukan lagak ngeri…
  • AKHIRNYA PSY Dedah Kisah Tarian Gangnam Style!
    21.09.2012 - 0 Comments
    SEOUL – Penyanyi rap KoreaSelatan, Psy yang melonjak popular hanya kerana tarian kuda dalam muzik video…
  • GILA : RM50,000 Hangus Dalam Ketuhar
    28.07.2012 - 0 Comments
    SYDNEY – Seorang lelaki mendapat pengajaran pahit kerana kesilapannya menyembunyikan wang di tempat…
  • RON95 Dan Diesel Dijangka Turun Bawah RM2 Seliter Mulai 1 Januari
    19.12.2014 - 0 Comments
    Harga runcit RON95 dan diesel dijangka turun di bawah paras RM2 seliter mulai 1 Januari depan, sekiranya…
  • Inilah Gambar Selfie Pertama Di Dunia Yang Dirakam Pada 1909
    26.10.2014 - 0 Comments
    Gambar selfie pertama dirakam di dunia ini dipercayai diambil pada tahun 1909 oleh Joe Byron di atas…