ALHAMDULILLAH,AKHIRNYA !!Mawi, Ekin Selamat Dapat Anak Perempuan ~ Bila Han Bercerita

Tuesday, 28 February 2012

ALHAMDULILLAH,AKHIRNYA !!Mawi, Ekin Selamat Dapat Anak Perempuan


Mawi, Ekin Selamat Dapat Anak Perempuan


PETALING JAYA – Nora’Asikin Rahmat, isteri kepada penyanyi Asmawi Ani, Mawi selamat melahirkan seorang bayi perempuan seberat 2.8 kilogram pukul 4 pagi tadi.

Bayi sulung buat pasangan artis itu selamat dilahirkan secara normal di Hospital Pakar An-Nur Hasanah, Bangi, dekat sini dan masih lagi belum diberikan nama.

Pengurus peribadi Mawi, Mohd Nasir Ismail mengesahkan khabar gembira kelahiran bayi itu walaupun Ekin diberikan suntikan ubat pelali kerana mempunyai komplikasi sewaktu dalam proses untuk bersalin.

“Alhamdulillah, akhirnya pasangan itu mendapat anak perempuan. Ekin telah dimasukkan ke hospital pada pukul 7.30 malam semalam (Isnin).

“Melihatkan keadaan Ekin yang masih lagi belum boleh bersalin mengikut masa yang ditetapkan, dia diberikan ubat pelali oleh doktor. Syukur, kedua-duanya selamat,” kata Nasir dalam mStar Online.

Buat sementara waktu ini, pasangan artis yang bahagia dengan kehadiran orang baru itu enggan mendedahkan bayi mereka memandangkan mahu memberikan ruang buat Ekin untuk berehat sepenuh masa.

Bagaimanapun, sebuah majlis kesyukuran untuk menyambut orang baru itu bakal diadakan dalam masa terdekat ini.

Mawi dan Ekin bernikah pada 21 Disember 2008 dengan acara yang penuh gilang gemilang dan Ekin pernah keguguran sebanyak dua kali sepanjang tiga tahun lepas

SUMBER
Share:

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • COOL : Gambar Perkahwinan Ustaz Don
    24.08.2012 - 0 Comments
    Aha,kalau sebelum ni aku penah buat entri tentang kad kahwin ustaz don dan juga entri berlangsungnya…
  • Facebook Rolls Out New Advertising Tools
    01.03.2012 - 0 Comments
    NEW YORK – Facebook rolled out new tools for advertisers Wednesday as it prepares to go public later this…
  • Senarai Gaji Pemimpin Dan Golongan Korporat Di Malaysia
    05.11.2014 - 0 Comments
    Inilah senarai jumlah gaji, kelebihan dan faedah yang mereka peroleh setiap bulan dan tahun bermula dari…
  • 3 Menteri Tonton Filem Lucah
    10.02.2012 - 0 Comments
    BANGALORE - Tiga orang menteri di selatan India mengambil tindakan meletak jawatan, semalam, selepas…
  • (VIDEO) Pengantin lelaki ditumbuk gara-gara wang hantaran tidak cukup
    28.03.2016 - 0 Comments
    KUALA LUMPUR – Hasrat seorang pengawal keselamatan untuk melangsungkan perkahwinan bersama pasangannya…