GEMPAR !! Rumah Nabil (Raja Lawak) Dimasuki Perompak ~ Bila Han Bercerita

Wednesday, 29 February 2012

GEMPAR !! Rumah Nabil (Raja Lawak) Dimasuki Perompak

Rumah Nabil (Raja Lawak) Dimasuki Perompak


SEREMBAN: Kediaman pelawak dan pelakon terkenal, Ahmad Nabil Ahmad atau lebih dikenali sebagai Nabil (Raja Lawak) dipecah masuk perompak dalam satu kejadian di Kampung Masjid, Mambau, di sini pada Rabu.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.55 pagi ini, perompak berkenaan bertindak memecah masuk rumah itu melalui sebuah daripada bilik rumah yang kini didiami keluarga bapa saudaranya.

Menurut bapa saudara pelakon itu, Rahmat Abdul Latiff, 55, kejadian disedarinya sebaik pulang ke rumah berkenaan selepas menghantar anak perempuannya ke tempat kerja di sebuah pusat beli belah berhampiran.

Katanya setelah diperiksa, penjenayah berkenaan didapati melarikan komputer riba milik anaknya yang berharga RM3,000.

"Kejadian ini yang pertama berlaku dan saya baru sahaja menetap dua bulan di rumah ini selepas Nabil bersama ahli keluarganya berpindah ke Kuala Lumpur," katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban, ACP Saiful Azly Kamaruddin ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan berkata kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan. BERNAMA

Share:

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • Osbon Bakal Ikut Jejak Sepah ??
    25.01.2012 - 0 Comments
    KUALA LUMPUR, 28 DISEMBER 2011: Tinggal dua hari saja lagi, juara Maharaja Lawak Mega (MLM) bakal…
  • Sengat Ikan Pari Dikeluarkan Dari Punggung Selepas 8 Tahun
    31.01.2012 - 0 Comments
    Sengat Ikan Pari Dikeluarkan Dari Punggung Selepas 8 Tahun DUNGUN – Derita seorang pemuda yang terpaksa…
  • Suspek penggodam Anonymous ditahan
    16.03.2012 - 0 Comments
    PARIS – Seramai 25 suspek disyaki ahli gerakan peng*godam Anonymous ditahan dalam satu operasi merentasi…
  • Motosikal Bakal Diharamkan Guna Lebuhraya MEX & AKLEH !! Apa Pendapat Korang ??
    18.05.2015 - 0 Comments
    Penunggang motosikal yang menggunakan Lebuhraya Amapang-Kuala Lumpur Elevated (AKLEH) dan Lebuhraya Kuala…
  • Bila Pelakon Azhar Sulaiman Mengaku murtad dan kenyataannya memakan diri
    20.11.2012 - 0 Comments
    Bukan nak bagi panas line.bukan nak gossip ke apa ek..tapi aku menulis entri ini atas dasar peka dan…