DATUK RAIS YATIM ARAH KONSERT ERYKAH BADU DIBATALKAN ~ Bila Han Bercerita

Tuesday, 28 February 2012

DATUK RAIS YATIM ARAH KONSERT ERYKAH BADU DIBATALKAN

DATUK RAIS YATIM ARAH KONSERT ERYKAH BADU DIBATALKAN


PETALING JAYA: Kerajaan pada Selasa mengarahkan konsert penyanyi Amerika Syarikat, Erykah Badu yang akan diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) dekat sini, Rabu (esok) dibatalkan serta-merta.

Perkara itu dijelaskan oleh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim menerusi Twitter miliknya, petang Selasa.

“Konsert Erykah Badu dibatalkan kerana melanggar Garis Panduan Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (PUSPAL) iaitu menyentuh sensitiviti agama dan nilai-nilai budaya Malaysia,” katanya.

Bagaimanapun, Rais tidak menyatakan dengan lebih lanjut sama ada pembatalan itu disebabkan penyiaran gambar kontroversi penyanyi tersebut dengan tatu kalimah Allah pada dadanya menerusi sisipan Star Two, akhbar The Star, Isnin.

Konsert ‘Erykah Badu Live in KL’ itu juga merupakan konsert dalam siri jelajah “Australasian” di mana Malaysia terpilih sebagai destinasi pertama.

Pada Selasa, Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) dan Pemuda PAS menuntut konsert itu dibatalkan serta-merta.



Setiausaha Dewan Pemuda PAS (DPPM) Khairul Faizi Ahmad Kamil (kanan) menyerahkan memorandum bagi membangkang konsert penyanyi Erykah Badu kepada Setiausaha Kanan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Abdul Rauf Puteh di Kuala Lumpur, Selasa.
Malah Pemuda PAS turut menyerahkan memorandum kepada Rais bagi mendesak pembatalan konsert penyanyi itu di negara ini.

Desakan itu dibuat bagi mengelakkan kesan lebih buruk ke atas rakyat negara ini, memandangkan penampilan penyanyi itu yang penuh dengan kontroversi.

Memorandum tersebut diserahkan oleh Setiausaha Dewan Pemuda PAS Malaysia, Khairul Faizi Ahmad Kamil di pejabat Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Kuala Lumpur, pada pukul 11.15 pagi Selasa.

Dalam perkembangan sama The Star menerusi portal dalam taliannya pada Isnin memohon maaf kepada pembaca dan seluruh umat Islam kerana kesilapan menyiarkan gambar tersebut.

SUMBER :MSTAR ONLINE
Share:

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • 21 Ciri Lelaki Layak Dijadikan Suami
    14.05.2012 - 0 Comments
    Spesifikasi calon suami yang bolehlah dibuat suami:- 1. Solat fardhu cukup 5 waktu. 2. Ada kerja…
  • TERKINI : Astro Mohon Maaf Gagal Siarkan Pernikahan Awal & Scha
    05.05.2012 - 0 Comments
    PETALING JAYA: Pihak Astro memohon maaf kepada semua penonton di negara ini kerana kegagalan menyiarkan…
  • Rumah Api Roter Sand: Hotel Paling Sunyi Di Jerman
    11.04.2017 - 0 Comments
    Rumah api yang juga dikenali sebagai "hotel paling sunyi di Jerman" ini terletak kira-kira 30 batu…
  • Bahaya Kepak Ayam Pada Perempuan
    05.02.2012 - 0 Comments
    Bahaya Kepak Ayam Pada Perempuan | Bahan steroid dalam ubat suntik daging ayam ternak boleh menyebabkan…
  • Najis Lembu Jana Elektrik
    26.10.2012 - 0 Comments
    LITTLETON: Najis lembu akan digunakan untuk memberi kuasa membolehkan peminat ski sampai ke sebuah pusat…