GEMPAR !!Pemimpin Berpangkat Datuk Dapat BR1M ~ Bila Han Bercerita

Saturday, 18 February 2012

GEMPAR !!Pemimpin Berpangkat Datuk Dapat BR1M




Seorang pemimpin bahagian MCA di Pahang yang berpangkat Datuk turut menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak RM500 dan ini telah menimbulkan tandatanya di kalangan penduduk tempatan dan warga internet.

Pengerusi MCA bahagian Bera, Datuk Tang Hock Lok (kanan), yang juga seorang pemimpin masyarakat dan dermawan terkenal di Triang, telah menyumbangkan wang RM500 itu kepada seorang penduduk kampung yang kurang upaya.

Berita mengenai Tang menerima BR1M telah mencetuskan bantahan di beberapa forum internet serta media sosial.

Ramai mempersoalkan kelayakannya untuk menerima bantuan tersebut, dan sama ada program BR1M telah disalahgunakan.

Menurut laporan di akhbar harian Cina hari ini, Tang menolak sebarang dakwaan penipuan.

"Saya memohon melalui prosedur yang betul dan pihak berkuasa telah meluluskan permohonan saya kerana saya layak," Tang dipetik sebagai berkata.

Tang juga dipetik berkata bahawa tidak ada unsur-unsur yang menyalahi undang-undang atau penyalahgunaan kuasa dalam proses tersebut.

Beliau menemui pemberita selepas memberi wang RM500 itu kepada seorang penduduk kurang upaya di kampung baru Triang. Tang adalah ketua kampung di situ.

"Niat awal saya memohon bantuan itu adalah untuk menyumbangkan wang RM500 itu kepada mereka yang memerlukannya," kata Tang.

sumber
Share:

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • CIRI-CIRI SUAMI MANJA PEREMPUAN WAJIB TAHU !!
    13.02.2012 - 1 Comments
    Dalam kehidupan seharian, kita tidak boleh lari dari perasaan cinta. Allah telah mencipta dua kaum di…
  • Najwa Latif Beli Kereta Perodua Myvi Tunai
    11.02.2012 - 1 Comments
    KUALA LUMPUR : Penyanyi remaja berusia 17 tahun yang menggegarkan YouTube, Najwa Latif kerana klip video…
  • ALHAMDULILLAH ! akhirnya Fasha Sandha sedia berkahwin !!
    06.03.2012 - 0 Comments
    SEHATI SEJIWA...Fasha dan Jejai menghadiri kursus perkahwinan. KUALA LUMPUR: “Alhamdulillah saya terima…
  • Pierre sudah lima bulan masuk tabligh
    19.11.2012 - 0 Comments
    UCAPAN Pierre Andre saat menerima trofi Anugerah Yasmin Ahmad pada Anugerah Skrin 2012 menggegarkan…
  • GILA !! Bergambar Dengan Patung Lilin Pemimpin, Kemudian Gunakannya Untuk Menipu!
    26.03.2012 - 1 Comments
    Satu sindiket penipuan melibatkan kira-kira 3 billion Yuan (RM1.5b) di negara China berjaya ditumpaskan…