FAKTA WAJIB TAHU !!Nada dering telefon boleh lemahkan otak ~ Bila Han Bercerita

Sunday, 19 February 2012

FAKTA WAJIB TAHU !!Nada dering telefon boleh lemahkan otak



LONDON: Sekumpulan penyelidik berkata penyelesaian masalah atau mengingati sesuatu perkara menjadi lebih mudah dilakukan, jika telefon bimbit dalam keadaan senyap kerana nada dering terutama lagu yang menarik boleh mengurangkan keupayaan kuasa otak.
Saintis di Universiti Washington, di St Louis mendapati sekumpulan pelajar mendapat markah lebih 25 peratus kurang dalam ujian apabila didedahkan dengan nada dering telefon bimbit.
Keputusan terburuk itu ditunjukkan selepas mendengar lagu yang diketahui atau disukai mereka.

“Kebanyakan kita beranggapan, deringan telefon bimbit di tempat awam adalah satu gangguan yang tidak disukai , tetapi kajian ini mengesahkan gangguan bunyi itu juga memberi kesan dalam hidup,” kata Jill Shelton.

Kajian termasuk eksperimen dijalankan Shelton menggunakan sekumpulan pelajar di dalam kelas syarahan psikologi yang padat di Universiti Louisiana, dan mereka dibenarkan membiarkan telefon bimbit di dalam beg berdering secara berterusan dengan kuat selama 30 saat.

Hasil ujian mendapati, pelajar yang terdedah kepada deringan telefon bimbit mendapat markah 25 peratus lebih rendah berbanding n sebelum gangguan itu.
Pelajar yang diuji sukar mengingati semula kandungan kursus yang dibentangkan ketika gangguan, walaupun maklumat yang sama disampaikan profesor sebelum deringan telefon termasuk dalam teks melalui slaid sepanjang gangguan.

Pelajar mendapat markah lebih teruk apabila Shelton menambahkan gangguan, kerana panik mencari telefon di dalam beg sebagai cubaan untuk menghentikan deringan berkenaan.

Pada peringkat eksperimen ini, pelajar di sebuah makmal diuji dengan ujian pengenalan perkataan mudah ketika didedahkan dengan gangguan bunyi seperti nada tidak relevan, deringan telefon bimbit standard dan sebahagian lagu yang biasa di kalangan pelajar terbabit.

Lagu dalam versi instrumental sebuah gubahan lagu bagi menyokong pasukan American Football university itu dimainkan sekejap-sekejap.

Lagu itu juga menjadi satu deringan telefon bimbit yang popular.

“Apabila kami memainkan lagu semangat itu dalam ujian makmal, faktor gangguan bertahan lebih lama.

“Ia memperlahankan prestasi membuat pilihan mereka untuk tempoh lebih lama berbanding ketika deringan telefon bimbit biasa.

“Bergantung bagaimana kebiasaan seseorang terhadap lagu itu, ia boleh memberikan kesan lebih buruk terhadap keupayaan kognitif mereka,” kata Shelton.

Kajian itu menimbulkan kebimbangan di kalangan orang ramai yang cuba memberi perhatian ketika mereka diganggu dengan bunyi deringan daripada e-mel atau mesej teks. – Agensi
Share:

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • Yareta: Inilah Tumbuhan Purba Yang Berusia 3,000 Tahun
    25.10.2014 - 0 Comments
    Yareta (Azorella compacta), juga dikenali sebagai "Llareta" dalam bahasa Sepanyol, merupakan tumbuhan…
  • Apple bakal menyaman Blackberry?
    04.02.2013 - 1 Comments
    Pakar teknologi percaya Apple akan memfailkan saman ke atas Blackberry sekiranya jualan iPhone mengalami…
  • Cara Mudah Mengenalpasti Pek Bungkusan Milo Asli & Milo Tiruan
    18.03.2015 - 0 Comments
    Baru-baru ini kecoh dengan video penghasilan milo tiruan yang beroperasi di Mantin, Negeri Sembilan.…
  • 7 Manusia yang mempunyai kebolehan luarbiasa
    10.05.2017 - 0 Comments
    Dean Karnazes Dean Karnazes mempunyai kebolehan bermarathon berhari-hari tanpa perlu tidur. Pada 2005,…
  • SUPER COOL !! Info – 9 Tip Untuk First Date
    02.03.2012 - 2 Comments
    Ni tip untuk lelaki supaya 1st date boleh bertahuan ke 2nd date. Perempuan akan menilai macam mana korang…