GILA !! 2,000 tong gas meletup ~ Bila Han Bercerita

Wednesday, 29 February 2012

GILA !! 2,000 tong gas meletup


KEBAKARAN kilang memproses dan mengisi gas di Batu 22, Jalan Beranang.
KEBAKARAN kilang memproses dan mengisi gas di Batu 22, Jalan Beranang.




KAJANG: “Saya sempat melihat puluhan tong gas meletup dan melantun setinggi bangunan tiga tingkat disusuli api yang marak. Malah bunyi letupan seolah-olah di medan perang,” kata Tazrul Tahir, 25, saksi kejadian kebakaran sebuah kilang mengisi dan memproses gas memasak di Jalan Semenyih Mantin, dekat sini, malam tadi.

Tazrul yang bekerja sebagai petani, berkata ketika kejadian dia sedang berada di rumah di Kampung Sentosa kira-kira 500 meter dari tempat kejadian.

Menurutnya, ketika itu dia ingin mengambil air wuduk untuk menunaikan solat Isyak sebelum terkejut apabila mendengar bunyi letupan kuat berulang-ulang kali, kira-kira jam 8.30 malam.

“Saya kemudian terus bergegas ke tempat kejadian sebelum tergamam seketika apabila melihat tong gas terbabit `terbang' manakala api mula marak.


“Ketika itu saya berasa seperti berada di medan perang apabila mendengar dentuman bunyi yang kuat. Bimbang kejadian tidak diingini berlaku saya kemudian berlari semula ke jalan utama sebelum polis dan bomba tiba di tempat kejadian," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.


Sementara itu Penolong Pengarah Bahagian Operasi dan Penyelamat Bomba Selangor, Mohd Sani Harul, berkata lima jentera bomba dengan kekuatan 30 anggota termasuk bantuan air dari Balai Bomba Mantin, Negeri Sembilan, dikejarkan ke lokasi kejadian bagi memadam kebakaran.

Menurutnya, api dapat dikawal dalam sejam bagi mengelak api merebak ke kawasan lain di samping meletakkan kawasan berkenaan dalam keadaan berjaga-jaga bagi mengelak sebarang kemungkinan termasuk letupan.

"Unit Forensik Bomba kini sedang menjalankan siasatan lanjut secara menyeluruh bagi mengenalpasti punca dan kerugian sebenar,” katanya.

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab berkata, tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku namun pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut bagi mengenalpasti punca utama kebakaran.

Menurutnya, 2,000 tong gas musnah dalam kebakaran itu bersama treler, lori sarat dengan tong gas, sebuah Proton Waja dan motosikal.

"Hasil siasatan awal yang dijalankan stor penyimpanan gas ini didapati tidak memenuhi piawaian keselamatan pada tahap sebenar hingga mengakibatkan kebakaran dan letupan berlaku.

"Sehingga ini, kita sedang mengesan pekerja dan pemilik stor dipercayai menghilangkan diri sejurus kebakaran berlaku," katanya yang ditemui di lokasi kejadian.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan juga mendapati punca kebakaran dipercayai akibat kebocoran paip gas.

"Polis juga akan bekerjasama dengan Majlis Perbandaran Kajang bagi mengambil menyemak operasinya sama ada sah atau tidak,” katanya.

Difahamkan, kilang terbabit sudah beroperasi sejak 10 tahun lalu dan kejadian ini adalah yang pertama.

SUMBER
Share:

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • COOL GILA!! Mark Zuckerberg Menunggang Kerbau Di Vietnam
    05.03.2012 - 0 Comments
    Zuckerberg menunggang kerbau sambil diperhatikan pengawal. Pemilik laman sosial Facebook, Mark…
  • WANITA INI PENCURI DI MAJLIS KAHWIN,SILA BERHATI-HATI SEMUA
    17.09.2012 - 2 Comments
    Kes berlaku bulan OGOS lepas..Sedang semua orang sibuk kenduri,mocik ni sibuk mencuri.. Kerugian…
  • Awas menghisap rokok sebaik berbuka mengundang maut!
    27.07.2012 - 0 Comments
    Berbuka puasa dengan menghisap rokok boleh membawa maut, kata seorang pakar yang menggesa orang Islam…
  • COOL !! MESSI PON MENYOKONG FREE PALESTINE
    27.02.2012 - 0 Comments
    Hebat bukan?tadi Hann merayau kat facebook.jumpa benda ni.nak tahu lagi tentang messi..boleh like…
  • KEJAM !! Lelaki Ini Dirantai Sehingga Daging Bercantum Dengan Rantai
    22.10.2014 - 0 Comments
    Gambar Zhang Chuanqiu , kulit pada tangannya telah bercamtum dengan rantai yang di ikat pada…