GILA !! RM50,000 Lesap Dalam Tren ~ Bila Han Bercerita

Sunday, 19 February 2012

GILA !! RM50,000 Lesap Dalam Tren





KUALA KRAI : Seorang suri rumah berusia 60 tahun, kini tidak lalu makan dan tidak lena tidur apabila mendakwa semua barang kemas miliknya bernilai hampir RM50,000 hilang, dipercayai dicuri ketika menaiki kereta api, Isnin lalu.

Dalam kejadian jam 11 malam itu, Ramlah Awang menaiki kereta api dari Stesen Kluang, Johor untuk pulang ke rumahnya di Kampung Sungai Sok, di sini, bersama suami, Mohd Zin Ibrahim, 80, dan cucunya, Nor Atiqah Abd Jamal, 20.

Barang kemas Ramlah yang disimpan di dalam beg tangan dipercayai dicuri ketika dia meninggalkan beg itu di tempat duduk untuk ke tandas, manakala suami dan cucunya pula sedang tidur.
Menurut Ramlah, dia ke Johor bersama suaminya untuk melawat anak mereka yang tinggal di Mersing selama dua minggu.
Katanya, mereka kemudiannya bertolak pulang kira-kira jam 10 malam, Isnin lalu bersama seorang cucu dengan menaiki perkhidmatan kelas dua kereta api berkenaan.

“Saya bawa semua barang kemas saya dengan menyimpannya di dalam beg tangan kerana bimbang hilang jika ditinggalkan di rumah. Selepas menaiki kereta api, saya ke tandas seketika, manakala suami dan cucu tidur di tempat masing-masing.

“Beg saya itu ditinggalkan di tempat duduk dan selepas ke tandas saya tidak membuka beg itu kerana saya lihat ia elok saja. Sepanjang perjalanan, saya tidak usik langsung beg itu sehinggalah kereta api rosak di stesen kereta api Bukit Abu, Dabong dan ketika itu barulah saya mengangkat beg sebelum terkejut melihat semua barang kemas hilang,” katanya ketika ditemui di rumahnya, di sini, semalam.
Ramlah berkata, antara barang kemas yang hilang adalah tiga bentuk cincin, satu loket dan tiga utas gelang tangan.

“Wang tunai RM350 yang ada dalam beg itu juga hilang. Hanya buku bank dan kad pengenalan saja yang tidak dicuri.

“Kejadian itu meninggalkan kesan yang sangat mendalam kerana sehingga kini saya tidak lalu makan dan tidak lena tidur mengenangkan semua barang kemas hilang begitu saja,” katanya yang membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Krai sebaik tiba di stesen kereta api Kuala Krai.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintendan Abd Rahman Ja’apar ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian berkenaan. – Metro
Share:

Related Posts:

1 comment:

  1. nk bagi suggestion skit...it's more better if u can describe this issue with your own words...just my opinion 4 u.

    ReplyDelete

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • Gambar sekitar perhimpunan BERSIH 3.0
    28.04.2012 - 0 Comments
    Seperti yang kita tahu,pada 28/4/2012 iaitu hari ini berlangsungnya BERSIH 3.0 yang mana diadakan untuk…
  • Alhamdulillah!! Akhirnya Palestin Diiktiraf Sebagai Sebuah Negara Oleh PBB
    01.12.2012 - 0 Comments
    PRESIDEN Palestin, Mahmoud Abbas menerima tepukan gemuruh dari perwakilan sebelum beliau memberi ucapan,…
  • GILA !! Lelaki bunuh bekas isteri
    18.02.2012 - 0 Comments
    ALOR SETAR: Pada mulanya dia memandu kereta dan merempuh pagar rumah sebelum membakar kereta Myvi milik…
  • Salji Tebal Yang Melanda Siberia
    15.09.2013 - 0 Comments
    Pergh.gilo r..kompom menggigil..nak bersihkan lagi satu hal..no wonder kat sana boleh cuti disebabkan…
  • Tips Bangkitkan Naluri Isteri Pemalu
    12.04.2017 - 0 Comments
    Lumrah bagi seorang wanita muda sifat pemalu sudah terjalin di dalam diri kesan asuhan kesantunan yang…