Berlian merah jambu ditemui ~ Bila Han Bercerita

Thursday, 23 February 2012

Berlian merah jambu ditemui

Berlian merah jambu ditemui
BERLIAN merah jambu diletakkan di hujung mata sebatang pen

SYDNEY - Gergasi perlombongan Rio Tinto semalam menyatakan pihaknya menemui batu berlian merah jambu 12.76 karat di Australia.

Ia merupakan berlian merah jambu terbesar pernah ditemui di negara berkenaan.

Dinamakan Argyle Pink Jubilee, batu berlian besar itu ditemui di lombong berlian merah jambu Argyle di Kimberley, Australia Barat.

Rio Tinto dalam satu kenyataan memberitahu, masa selama 10 hari diperlukan bagi memotong dan mengilat batu permata berkenaan.

"Kami semua teruja dengan penemuan berlian ini yang jarang-jarang ditemui," kata Ketua Divisyen Berlian Merah Jambu Argyle, Josephine Johnson.

"Berlian seperti ini ditemui sekali dalam tempoh 26 tahun dan mungkin tidak akan ditemui lagi.

"Individu yang dapat memakai berlian merah jambu ini sudah tentu amat bertuah," tambahnya.

Menurut kenyataan Rio lagi, harga berlian Argyll tersebut dianggar lebih AS$10 juta (RM30.3 juta) berdasarkan berlian merah jambu berkualiti tinggi yang dijual pada harga AS$1 juta (RM3 juta) untuk setiap karat. - AFP


Share:

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • Inilah Manusia Yang Paling Bersemangat Untuk Mendapatkan iPhone 5S
    15.09.2013 - 0 Comments
    Apple akan melancarkan iPhone 5S pada 20 September 2013 tetapi lelaki ini yang begitu semangat telah…
  • COOL !! LELAKI PALING JUJUR DI BRITIAN PULANGKAN JAM ROLEX BEHARGA 90RIBU
    03.03.2012 - 0 Comments
    Arron Large, ia semua adalah berkenaan jujur dalam kerja, suatu hari semasa membersihkan jalan-jalan di…
  • COOL GILA !! ROTI BAKAR ADA GAMBAR HITLER
    15.02.2012 - 1 Comments
    sape nak cube?keke
  • Zed Zaidi Malu Dimaki Depan Isteri
    14.03.2012 - 1 Comments
    KUALA LUMPUR, 12 MAC 2012: Perjuangan Timbalan Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Rozaidi…
  • COOL : LAMBORGHINI YANG PENUH DENGAN UKIRAN SENI
    27.04.2012 - 0 Comments
    Kereta Lamborghini Gallardo Lamborghini Miami milik Brett David yang awesome ini ditauliah senikan…