GILA DAN LAWAK !! Bom kentut cetus huru-hara ~ Bila Han Bercerita

Sunday, 19 February 2012

GILA DAN LAWAK !! Bom kentut cetus huru-hara



MISSISSIPPI: Gara-gara menggunakan perkataan sensitif pada tempat yang salah, seorang remaja berusia 19 tahun ditahan selepas menulis nota mengandungi perkataan ‘bom’ pada tisu tandas. 

Nota ditulis Harold Wayne Hadley, Jr, itu menyebabkan 11 agensi kecemasan bergegas ke kolej di Mississippi tetapi tidak menemui bom yang dimaksudkan.
Hadley dan keluarganya berkata, dia cuma menjelaskan keseronokan melepaskan kentut di dalam perpustakaan.
“Dia berada di tandas sambil memegang tisu tandas. Dia menggelar kentut sebagai melepaskan bom. Dia menulis ‘saya melepaskan bom dalam perpustakaan. 

“Dia maksudkan kentut dan ada orang lain masuk ke dalam tandas dan menemui nota. Dia menyerahkan kepada guru yang mengenal pasti itu adalah tulisan tangan Hadley dan menghubungi pihak berkuasa,” kata ibu saudara Hadley, yang enggan memper-kenalkan diri. 

Penyiasat tidak menyebut apa yang ditulis Hadley tetapi laporan WDAM menyatakan tiada ayat melampau selain ‘saya melepaskan bom dalam perpustakaan.’ 

Hadley ditahan dan dikenakan ikat jamin sebanyak AS$20,000 (RM60,000). Jika disabitkan mengancam meletupkan sekolah, dia berdepan hukuman penjara 10 tahun dan denda AS$10,000 (RM30,000). – Agensi
Share:

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • Pillow Talk : Alat Ini Bantu Anda Lepaskan Rindu Pada Si Dia
    12.12.2015 - 0 Comments
    Bukan mudah bila berjauhan dengan pasangan, bukan? Rasa rindu bagaikan merenggut jantung dan…
  • Nak Tidur Tapi Perut Lapar? Ini Makanan Yang Anda Boleh Makan Di Tengah Malam Tanpa Risau Berat Naik
    27.02.2017 - 0 Comments
    Ramai yang takut untuk makan lewat malam kerana beranggapan ia akan menggemukkan. Sebenarnya ia…
  • Krubera-Voronya, Gua Paling Dalam Di Dunia !
    17.05.2016 - 0 Comments
    Tidak hanya indah dan dianggap sebagai gua paling dalam di muka bumi, Krubera-Voronya yang juga dianggap…
  • COOL : 10 Tips untuk menjimatkan bateri handphone ketika bercuti
    30.04.2012 - 0 Comments
    Okay,entri ini sebenarnya aku khususkan untuk pengguna telefon pintar macam iPhone,BlackBerry dan sewaktu…
  • Samsung Berkongsi Senarai Peranti Yang Bakal Menerima Android 4.1 Jelly Bean
    04.10.2012 - 2 Comments
    Kepada pengguna telefon pintar android.ini berita baik buat korang.Bagi pengguna samsung yang menggunakan…