Aaron Aziz Sedia Tunjuk Permit Kerja ~ Bila Han Bercerita

Tuesday, 15 May 2012

Aaron Aziz Sedia Tunjuk Permit Kerja



KUALA LUMPUR: Pelakon Aaron Aziz berani menyahut cabaran Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) yang mahu Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (PUSPAL) menyemak semula kemasukan artis-artis negara luar yang berkemungkinan besar tidak mempunyai permit bekerja.

Aaron yang merupakan warganegara Singapura berkata, dia tidak kisah untuk menunjukkan permit bekerja di negara ini yang dimilikinya jika diinginkan pihak terbabit.

"Saya menganggap perjuangan Seniman yang ingin membanteras kemasukan artis negara luar yang berkemungkinan besar tidak mempunyai permit bekerja adalah satu perkara yang dialu-alukan.

"Tetapi ia seperti tidak adil pula bagi artis seperti saya yang perlu melalui macam-macam perkara untuk berlakon di Malaysia termasuklah berhadapan dengan pihak Imigresen, sehinggakan mereka dah kenal dah saya yang kerap berulang alik ke pejabat mereka," katanya yang ditemui pada majlis pemberian hadiah barangan kemas bernilai RM250,000 di Rafflesia, Hotel Park Royal, di sini, Isnin.

Hadiah itu diberikan bersempena dengan kemenangan Aaron sebagai Bintang paling Popular ABPBH 2011 (Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian 2011).

Tambah Aaron, walaupun ada sesetengah pihak merasakan perjuangan Seniman dibuat kerana ada kaitan dengan kemenangannya, namun dia menganggap dirinya langsung tiada kaitan dengan isu tersebut.

Sementara itu, mengenai hadiah barangan kemas yang diterima itu, Aaron bersyukur imbuhan yang diterima hasil daripada titik peluhnya itu dapat dikongsi bersama isteri tersayang, Diyana Halik.

"Selama ini bukan saya seorang yang bertungkus lumus mengukuhkan kerjaya sendiri tetapi isteri juga banyak membantu daripada segi pengurusan jadual penggambaran dan perjumpaan dengan pihak-pihak produksi.

"Jadi hadiah barangan kemas ini sememangnya layak buat Diyana yang bersusah payah untuk saya," tuturnya.

Dalam pada itu, ditanya tidakkah Aaron berasa risau dengan keselamatan keluarganya apabila mendedahkan penerimaan hadiah itu kata Aaron, dia ada menyediakan peralatan keselamatan di rumah.

"Semestinya saya ada meletakkan alat keselamatan dalam rumah kerana tidak mahu apa-apa perkara buruk yang terjadi kepada isteri dan anak-anak.

"Bagaimanapun selebihnya, saya berserah kepada Tuhan dan berdoa kepada supaya kami semua berada dalam keadaan selamat dalam semua perkara," tegas Aaron.

sumber
Share:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • KIUB AIS YANG SANGAT COOL !!
    19.01.2012 - 0 Comments
  • Petua Untuk Bakal Pengantin  Menghadapi Debaran Malam Pertama
    05.12.2013 - 0 Comments
    a. Malam pertama adalah malam yang paling dinanti-nantikan oleh setiap pasangan pengantin baharu. Satu…
  • FAKTA : Kesan Buruk Akibat Kurang Tidur
    07.10.2012 - 2 Comments
    1. Sistem imun anda akan menjadi lemah. Jika sistem imun lemah, anda mudah dijangkiti selsema dan…
  • Plaza Bukit Bintang Akan Dirobohkan Tahun Depan
    26.06.2012 - 0 Comments
    KUALA LUMPUR – Pusat membeli-belah Bukit Bintang Plaza, yang merupakan simbol kepada pusat perniagaan…
  • COOL : 10 Domain Termahal di Dunia
    26.10.2012 - 0 Comments
    Untuk lebih setengah abad, Business.com bertakhta sebagai nama domain yang paling mahal di dunia selepas…