Gaji Nazmi Sebulan RM300,000? ~ Bila Han Bercerita

Tuesday, 29 May 2012

Gaji Nazmi Sebulan RM300,000?




JIKA Safee Sali menerima gaji bulanan berjumlah Rupiah 350 juta (RM118,000) sebulan, wonderkid Malaysia yang baru sahaja mengikat kontrak tiga tahun bersama kelab Portugal, Beira-Mar, Nazmi Faiz pula dikhabarkan bakal menerima gaji bulanan sebanyak RM 300,000.

Mencetus fenomena dalam bola sepak negara selepas terpilih sebagai pemain untuk kelab liga divisyen satu Portugal sehingga Jun 2015 nanti, gaji pemain tengah Harimau Muda itu kini menjadi topik perbualan hangat penyokong serta pemerhati bola sepak tempatan.

Meskipun khabar angin mengenai gaji yang bakal diterima oleh Nazmi masih belum dapat disahkan, namun, sekiranya benar, pemain muda yang bakal mencecah 18 tahun 16 Ogos nanti akan bergelar pemain termuda Malaysia berstatus jutawan selain Safee Sali.

Sementara itu, ejen Nazmi, Marco Guimaraes, mengakui jumlah gaji yang bakal ditawarkan kepada tonggak skuad bawah 22 tahun itu adalah sangat lumayan bagi seorang pemain muda dari Asia Tenggara, bagaimanapun beliau enggan mendedahkan jumlah sebenar yang akan diterima oleh anak buah Ong Kim Swee itu.

“Terpulang kepadanya (Nazmi) sama ada untuk mendedahkannya atau tidak, katanya.

Dalam perkembangan lain, akan mula menyertai latihan bersama Beira-Mar selepas pusingan kelayakan Piala AFC bawah 22 tahun yang akan bermula 21 Jun sehingga 4 Julai nanti, Nazmi akan turut ditemani pengendali Harimau Muda, Ong kim Swee.

Selain menguruskan soal kontrak dengan kelab tersebut, Kim Swee yang berada di sana selama seminggu akan turut membantu anak buahnya menyesuaikan diri sebagai pemain professional di kelab Eropah itu.

sumber

Share:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • Cool : Apartmen Kecil Diilhamkan Dari Lego
    05.08.2012 - 0 Comments
    Apartmen milik Christian Schallert di Barcelona ini hanya seluas 258 kaki persegi dan tidak muat jika…
  • COOL !! MEMANAH MENGGUNAKAN KAKI
    03.03.2012 - 0 Comments
    santai petang Hari :) nak tahu kehebatan dia?Google lorh.dahsyat pompuan ni.kena tepat.woo
  • 7 Barang Aneh Yang Di Jual Di Ebay
    17.06.2012 - 0 Comments
    Seperti yang kita tahu Ebay merupakan pasar online dunia, sebuah laman tempat bagi pembeli dan penjual…
  • Kes Dadah: Ezad Exist Direman Empat Hari
    20.11.2014 - 2 Comments
    Bekas vokalis kumpulan Exist iaitu Ezad Lazim ditahan reman selama empat hari bermula Khamis kerana…
  • LANGKAH KESELAMATAN UNTUK MENGURANGKAN RISIKO PANAHAN KILAT
    06.06.2015 - 0 Comments
    Tahukah anda bahawa negara kita Malaysia adalah negara ketiga paling banyak menerima panahan kilat di…