COOL : Google beli Motorola Mobility dengan harga AS$12.5 bilion ~ Bila Han Bercerita

Thursday, 24 May 2012

COOL : Google beli Motorola Mobility dengan harga AS$12.5 bilion


LAMAN Google dipaparkan pada skrin telefon Motorola Droid. Pengambilalihan ini membolehkan Google menghasilkan rangkaian telefon pintarnya sendiri.



SAN FRANCISCO - Syarikat enjin carian Internet, Google Inc. menyempurnakan proses pembelian pembuat peranti, Motorola Mobility pada harga AS$12.5 bilion (RM39.2 bilion) kelmarin.

Pembelian itu diselesaikan selepas sembilan bulan Google Inc. membuat pengumuman mengejutkan bahawa ia mahu mengembangkan portfolionya kepada perniagaan perkakasan yang disifatkan sebagai berisiko tinggi dan mahal.

Langkah itu membuatkan Google kian aktif dalam perniagaan telefon bimbit yang diceburinya sejak empat tahun lalu menerusi pengenalan perisian Android keluarannya.

Seperti yang dijangka, Ketua Pegawai Eksekutif Google, Larry Page menamakan orang kanannya, Dennis Woodside sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Motorola.

Woodside, 43, yang merupakan Presiden Google untuk rantau Amerika terkenal kerana berjaya membawa perolehan sebanyak AS$17.5 bilion (RM55 bilion) kepada Google melalui pengiklanan secara talian dalam tempoh tiga tahun.

Pengambilalihan itu direalisasikan selepas pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) berpuas hati bahawa ia tidak akan membantutkan persaingan dalam pasaran telefon pintar.

Google dikatakan mahu memiliki Motorola kerana 17,000 paten telefon bimbit yang telah dihasilkannya. Selain itu, Google juga dilihat berminat untuk menghasilkan komputer tablet bagi menyaingi Apple iPad dan Kindle Fire keluaran Amazon.com. Tablet itu bakal dikuasakan oleh perisian Android. - AGENSI

Share:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • Cara Buka Laman Web google.com Bukan google.com.my
    10.03.2012 - 0 Comments
    Mungkin sebelum ni ramai yang tidak mengetahui cara nak buka laman web google antarabangsa, selalunya…
  • BERITA COOL UNTUK KAKI KERETA !!Apa Itu Turbochargers?
    17.02.2012 - 0 Comments
    Pernah terfikir bagaimana kereta berkuasa tinggi atau kereta lumba memiliki kelajuan yang…
  • Cara Troll Scammer Paling WIN
    23.11.2014 - 0 Comments
    Rasanya ramai yang dapat mesej-mesej berbaur penipuan.yang mengatakan kita memenangi hadiah 10 ribu.…
  • COOL : SEJARAH ASAL-USUL PELBAGAI MEME
    10.05.2012 - 2 Comments
    Seperti yang korang tahu.meme seperti trollface,forever alone,Fuu,yao ming dan macam2 lagi amat famous…
  • Flying Drawbridge - Jambatan Angkat Yang Menarik Di Netherlands
    11.04.2017 - 0 Comments
    Terletak di bandar Leeuwarden di Belanda, Slauerhoffbrug (dalam bahasa Inggerisnya: Slauerhoff Bridge),…