Betul ke Bekas Isteri Jimmy Shanley Hamil Anak Haram ? ~ Bila Han Bercerita

Wednesday, 9 May 2012

Betul ke Bekas Isteri Jimmy Shanley Hamil Anak Haram ?




SHAH ALAM – Pengacara Jimmy Shanley memberitahu Mahkamah Rendah Syariah hari ini bahawa isterinya, Nursuhaila Eliani Suhaimy mengaku mengandung anak luar nikah dan mengugut mahu menggugurkannya jika kandungan itu benar anak Jimmy.

Jimmy atau nama sebenarnya Jimmy Shanley Norjahan Shah Saleh, 31, berkata, Nursuhaila membuat pengakuan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) pada petang 24 Januari 2011 selepas dia menegur isterinya itu, yang didapati masih berjudi.

Jimmy memberi keterangan dalam perbicaraan tuntutan nusyuz dan kembali taat yang difailkan terhadap Nursuhaila pada 3 dan 27 Januari tahun lalu.

Menjawab soalan peguam syarie Mohd Noor Aizan Mohd Idrus, Jimmy berkata, pengakuan Nursuhaila itu adalah salah satu sebab mengapa dia mendakwa isterinya nusyuz.

“SMS isteri berbunyi; Kalau I mengandung pun confirm anak you ke? Ni Mr Jimmy, I dah buanglah anak you tu kalau I mengandung.

“Saya balas SMS dan bertanya anak siapa awak mengandung? Dia jawab; Anak haram. Mampus pi lah anak siapapun. Ada aku kisah,” kata Jimmy yang membacakan SMS Nursuhaila di hadapan Hakim Syarie, Saharusin Selamat.

Jimmy antara lain memberitahu sudah banyak kali memberikan nasihat kepada Nursuhaila berhubung perkahwinan mereka.

Malah katanya, Nursuhaila pernah bertindak keluar rumah dan hilang selama 16 hari sebagai protes dengan teguran bapa sendiri mengenai rumah tangga mereka.

Dia juga memberitahu ada menghantar SMS merayu isterinya berubah dan meminta ampun kepada ibu bapa.

Pada prosiding hari ini, Jimmy mengemukakan lima alasan utama kenapa dia mendakwa isterinya nusyuz.

Menurutnya, Nursuhaila mungkir janji sebelum bernikah iaitu berjudi semula; menghilangkan diri selama 16 hari; bercuti di China tanpa izinnya; mendakwa anak yang dikandungkannya sebagai luar nikah dan mengugut mahu menggugurkan kandungan jika mengandungkan anaknya.

Pasangan tersebut diijabkabulkan pada 1 Oktober 2010 di rumah keluarga perempuan di Sunway Rahman Putera, Sungai Buloh dengan hantaran sebanyak RM31,186 bersempena dengan tarikh lahir Nursuhaila yang jatuh pada 31 Januari 1986. – Sinar Harian Online.
Share:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • COOL : Jam Dengan Sistem Hydraulic HYT
    04.05.2012 - 1 Comments
     HYT- the Hydro Mechanical Horologists ialah jam yang unik kerana ia menggunakan sistem hidrolik bagi…
  • Info Seksual : Kesan buruk melancap bagi lelaki dan wanita
    24.01.2012 - 0 Comments
    Onani atau melancap, sebagai suatu cara melepaskan syahwat pasti dilalui oleh setiap lelaki menjelang…
  • Ayah Pin Lumpuh,mulut herot
    28.03.2012 - 1 Comments
    BACHOK: Pemimpin ajaran sesat ‘Kerajaan Langit’, Ayah Pin yang ghaib selepas digempur pihak berkuasa kini…
  • COOL : Lelaki ini merupakan Pengasuh lelaki terkaya didunia
    06.10.2012 - 0 Comments
    Seorang pemuda Michael Kenny, 18, nekad mengikuti kelas asuhan kanak-kanak yang sebelum ini hanya…
  • COOL !! LAMBORGHINI KELUARKAN KASUT SEBAGAI PRODUK BARU
    04.03.2012 - 0 Comments
    Tadaaa.. kasut ni sesuai untuk pompuan yang minat kete.hehe..ni gua jumpa kat gogle.saja nak share…