FUHH Saiful Apek tuntut RM200,000 dari David Teo ~ Bila Han Bercerita

Friday, 11 May 2012

FUHH Saiful Apek tuntut RM200,000 dari David Teo




KUALA LUMPUR: Pelawak terkenal, Saiful Apek, 43, melancarkan ‘perang’ terhadap produser, David Teo dengan mendakwa penerbit filem terkemuka terbabit gagal melunaskan pulangan pelaburan RM200,000 filem Lady Boss dan Anak Mami Kembali kepadanya selepas dia yang membintangi kedua-dua filem berkenaan melaburkan wang hasil lakonannya RM100,000 sejak 2005.

Katanya, selain isu berkenaan perkara lain dibangkitkan adalah kegagalan David menyiapkan album nyanyiannya sedangkan kontrak dimeterai setahun ditandatangani pada tahun yang sama.

Menurutnya, berikutan tidak berpuas hati dan tidak mempunyai saluran memperjuangkan haknya, dia tampil membuat kenyataan di laman sosial facebook dan twitter sehinggalah menyedari menerima kritikan hebat pengguna rangkaian sosial berkenaan.

Saiful berkata, Ahad ini jam 2 petang, dia dan lebih 50 selebriti yang mahu menuntut hak masing-masing terhadap David dengan mengadakan sidang media bersama bukti dan dokumen yang pernah ditandatangani bagi menerangkan keadaan sebenar.


Katanya, pada 2005, dia ditawarkan membintangi filem Lady Boss dan Anak Mami Kembali dengan bayaran RM100,000 sebelum wang itu dilaburkan semula dalam kedua-dua filem berkenaan.-sumber

Share:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • COOL : Zenvo ST1: Kereta Super Sport Pertama Keluaran Denmark
    08.11.2014 - 0 Comments
    Orang-orang Denmark kini boleh dilihat sebagai satu masyarakat yang gila kan kereta berkuasa…
  • Wanita Ni Mandi Buat Pertama Kalinya Selepas 30 Tahun Trauma
    04.08.2016 - 0 Comments
    Trauma buat kita takut lakukan sesuatu yang pernah kita lakukan suatu masa dahulu. Ada orang trauma untuk…
  • Kamal Ashnawi terkaya di dunia, miliki RM20 trilion?
    22.01.2012 - 0 Comments
    KUALA LUMPUR 21 Jan. – Walaupun tidak tersenarai sebagai orang terkaya di dunia, anak kelahiran Perak,…
  • MANUSIA TERKUAT DI DUNIA DITEMUI DI MESIR
    09.10.2012 - 0 Comments
    Nama beliau ialah Sayyed Muhammad Ahmad Abdallah dari Mesir dan beragama Islam. Dia telah berkahwin…
  • TIPS : Petua Untuk Mengatasi Mata Rabun
    07.10.2012 - 0 Comments
    1. Makan makanan yang mengandungi Vitamin A dan D, kangkung, karot, buah- buahan seperti epal, mangga,…