Johan (Raja Lawak) Nafi Sertai Sepahtu ~ Bila Han Bercerita

Friday, 11 May 2012

Johan (Raja Lawak) Nafi Sertai Sepahtu




PETALING JAYA: Pengacara dan pelawak Johan menegaskan khabar angin bahawa dia bakal menyertai kumpulan lawak Sepahtu adalah tidak benar sama sekali.

Johan atau nama sebenarnya Muhammad Yazid Lim Mohd Aziz, 28, berkata, dia terkejut apabila khabar angin tersebut menjadi perbualan umum malah telahpun diberitakan di ruangan pojok pada sebuah akhbar Ahad lalu.

"Khabar angin itu tidak benar. Saya pun terkejut apabila membaca ruangan pojok yang ditulis pada akhbar tersebut yang mengatakan saya bakal sertai Sepahtu.

"Bagi saya, ia merupakan sebuah khabar angin yang mengarut kerana saya tidak membuat sebarang kenyataan berkenaan dengan hal ini," katanya yang dihubungi mStar Online, di sini, Khamis.

Johan yang juga merupakan ahli kumpulan Jozan bersama Zizan Razak dengan nada berseloroh menambah, berita itu timbul mungkin kerana ada sebilangan orang yang ingin melihatnya dalam kumpulan tersebut.

Sementara itu, salah seorang ahli Sepahtu, Shuib berkata, dia juga terkejut apabila khabar angin itu tersebar luas kerana dia dan Johan tidak pernah pun berbincang mengenai kemasukan ahli baru dalam kumpulannya itu.

"Apabila membaca ruangan pojok itu, saya terkejut, kerana Johan pun tidak pernah berbincang dengan saya tentang hal ini.

"Saya bertanyakan kepada seorang lagi ahli Sepahtu, Jepp, dan dia juga tidak tahu tentang berita ini.

"Apa-apa pun, saya enggan mengulas lanjut tentang hal ini, rasa pelik pula apabila berita sebegini timbul," ujarnya.

Bagaimanapun kata Shuib, dia tidak mempunyai masalah sekiranya Johan ingin sertai kumpulannya itu bagi memeriahkan lagi industri hiburan tempatan.-sumber
Share:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • GEMPAR!! Facebook keluarkan kad ID untuk pengguna facebook?
    04.03.2012 - 0 Comments
    Tadaaa.cool kan?,sorry geng,ni kad id main2.gua merayau kat google jumpe benda ni,bukan…
  • Kamal Ashnawi terkaya di dunia, miliki RM20 trilion?
    22.01.2012 - 0 Comments
    KUALA LUMPUR 21 Jan. – Walaupun tidak tersenarai sebagai orang terkaya di dunia, anak kelahiran Perak,…
  • Skuad Khas oleh polis jepun bagi menangkap dron
    13.12.2015 - 0 Comments
    Demonstrasi tangkapan dron oleh Polis Metropolitan Jepun (MPD) TOKYO - JEPUN. Polis Metropolitan Jepun…
  • 12 Tips Penting Cara Penjagaan Alat Sulit Wanita
    10.02.2015 - 0 Comments
    Langkah-langkah penjagaan alat kelamin yang disyorkan: 1) Membersihkan bahagian luar kemaluan selepas…
  • Laman Instagram Beyonce Dianggarkan Bernilai Lebih RM4 Juta
    06.04.2017 - 0 Comments
    Penyanyi popular Hollywood Beyonce, diumumkan sebagai selebriti paling berpengaruh di media sosial…