Fuhh Pencuci tandas ini peroleh ijazah ~ Bila Han Bercerita

Tuesday, 15 May 2012

Fuhh Pencuci tandas ini peroleh ijazah


FILIPAJ menerima ucapan tahniah daripada Naib Canselor Universiti Columbia, Donald Schlosser di New York kelmarin


NEW YORK – Seorang penjaga bangunan Universiti Columbia, Gac Filipaj merupakan antara pelajar cemerlang pusat pengajian tinggi itu.

Filipaj berusia 52 tahun dan dia bekerja membersihkan lantai, mengosongkan tong sampah dan membersihkan tandas di universiti tersebut di sini.

Kelmarin, dia berasa bangga kerana menerima ijazah sarjana muda dengan kepujian dalam majlis konvokesyen universiti itu.

Filipaj belajar selama 12 tahun dalam pengajian klasik sambil bekerja sepenuh masa sebagai penjaga bangunan.

Pada awalnya, dia mempelajari bahasa Inggeris selepas melarikan diri daripada perang saudara di negara kelahirannya, Yugoslavia pada tahun 1992.

Berasal daripada etnik Albania, dia berhijrah ke Amerika Syarikat kerana bimbang akan dipaksa menyertai tentera Serbia.

Selepas mendapat ijazah, Filipaj kembali bertugas sebagai penjaga bangunan di universiti berkenaan.

Namun, dia berharap akan mendapat pekerjaan yang lebih baik dan seterusnya menyambung pelajaran ke peringkat sarjana.

Penjaga bangunan tersebut masih menghantar wang kepada keluarganya yang bekerja di sebuah ladang di Montenegro. – Agensi

P/s :orang macam tu pon boleh berjaya tauu..dimana ada kemahuan disitu ada jalan.Yosh~
Share:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • Fosil Dinosaur Iguanodintid dan Sauropod Di Jumpai Di Hulu Terengganu
    22.11.2014 - 0 Comments
    KUALA TERENGGANU: Sekumpulan penyelidik dan pensyarah beberapa universiti menemui fosil dinosaur termasuk…
  • 12 Tips Penjagaan Payudara Daripada Dijangkiti Kanser
    23.01.2012 - 1 Comments
    1. Makan sayur-sayuran Kajian menunjukkan wanita yang mengamalkan diet yang tinggi dengan buah-buahan dan…
  • Kesemua Fail Di MegaUpload Akan Dipadam Dalam Beberapa Hari Lagi?
    30.01.2012 - 0 Comments
    Berita MegaUpload terus memeriahkan industri teknologi pada minggu ini, apabila kini, laman yang telah…
  • WAJIB TAHU : Tin Minuman haruslah dibasuh dahulu sebelum diminum
    21.06.2012 - 0 Comments
    Korang mesti pelik kan,kenapa nak kena basuh tin miuman tu.bukan ada bakteria pon.ek?betul ke?who says?…
  • GILA !! Tunjuk Hebat Di YouTube,Bawa Padah
    11.03.2012 - 0 Comments
    TOKYO - Inginkan kelainan dengan cara tersendiri serta sifat menunjuk nunjuk seorang doktor akhirnya…