Kereta dihempap bongkah batu di Hanoi ~ Bila Han Bercerita

Tuesday, 8 May 2012

Kereta dihempap bongkah batu di Hanoi


Kereta dihempap bongkah batu di Hanoi
BEBERAPA orang melihat bongkah batu yang menghempap sebuah kereta (kiri).



HANOI - Seorang pegawai menyatakan, sebuah kereta remuk manakala enam orang terbunuh selepas kenderaan tersebut dihempap bongkah batu sebesar rumah yang jatuh dari sebuah gunung di Vietnam.

Seorang pegawai tempatan, Keo Khon berkata, lima orang termasuk pemandu kereta mati di tempat kejadian di wilayah An Giang, selatan Vietnam pada Sabtu lepas.

Menurutnya, seorang lagi penumpang maut semasa dikeluarkan dari kenderaan tersebut manakala dua lagi masih dirawat di hospital.

Kata Khon semalam, semua mangsa dalam perjalanan pulang selepas menyertai satu upacara keagamaan di sebuah kuil di puncak gunung berkenaan.

Pihak berkuasa tempatan masih menyiasat kemalangan tersebut.

Menurut Khon, jalan raya menuju ke kuil berkenaan dibuka pada 2004 dan menarik kehadiran beribu-ribu pelawat pada setiap tahun. - Agensi
Share:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • Serius ! Berlian bernilai RM60 juta ditemui
    07.03.2016 - 0 Comments
    Berlian 404 karat berukuran 2. inci ditemui. - Foto AP LUANDA - ANGOLA. Berlian 404 karat berukuran lebih…
  • Sawah di buat di atas bumbung di China
    19.03.2015 - 0 Comments
    Beijing: Sebuah kilang di Chongqing bertindak mengubah suai bumbung seluas 10,000 meter persegi menjadi…
  • Cara Mudah Cuci Kipas. Confirm Habuk Tak Melekat Selama 2,3 Bulan
    02.06.2017 - 0 Comments
    Baru je cuci kipas kat bilik tu tapi sekejap je dah berhabuk balik. Dah lah anda ni jenis yang alah pada…
  • COOL : Mouse Cyborg Yang Brutal Dan Awesome
    01.05.2012 - 0 Comments
    Mouse ini diberi nama Mad Catz Cyborg MMO 7. Mad Catz ini mempunyai 13 butang yang berbeza dan 78…
  • COOL : Bagaimana Lampu Pusat Tenaga Di Dada Iron Man Dibuat
    26.03.2013 - 0 Comments
    Bagi korang yang meminati filem aksi sains fiksyen berjudul "Iron Man", pasti anda tertanya-tanya bagaimana…