GILA !! IBU DERA ANAKNYA YANG MASIH BAYI ~ Bila Han Bercerita

Thursday, 10 May 2012

GILA !! IBU DERA ANAKNYA YANG MASIH BAYI


 IBU DERA ANAKNYA YANG MASIH BAYI


KUALA LUMPUR: Seorang wanita yang mendera dan memperlakukan bayi perempuannya seperti haiwan dan perbuatan itu dirakam sebelum dimuat naik ke laman web You Tube di Internet, semalam sebenarnya menerima hukuman setimpal.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, biarpun rakaman itu baru dimuat naik ke Internet, semalam, kejadian itu sebenarnya berlaku setahun lalu dan kes berkenaan juga sudah dianggap selesai.

“Kes berkenaan dilaporkan pada 29 Mei tahun lalu dan tangkapan dibuat pada hari sama. Wanita terbabit iaitu ibu kepada bayi perempuan berusia 10 bulan itu juga dihadapkan ke mahkamah selepas disiasat mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001.

“Selepas dibicarakan, wanita berusia 20-an itu dihukum penjara 18 bulan atas kesalahannya dan dia kini menjalani hukuman,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, semalam.


Menurutnya, wanita terbabit warga Indonesia, namun memegang taraf penduduk tetap negara ini dan kejadian itu berlaku di rumah yang dihuni wanita terbabit di Petaling Jaya.

SUMBER

P/s : one word "KAU BODOH".aduh.kalau tak bersedia nak kahwin jangan la buat anak.sedih aku tengok,fikir la anak kau masih bayi.ada masalah ke nak lepas geram ke apa.jangan la buat gitu.fikir la.kepada laki diluar sana,nak cari lbni/bakal istei cari yang mempunyai sifat keibuan.tu salah satu yang penting juga :)
Share:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • COOL : Zenvo ST1: Kereta Super Sport Pertama Keluaran Denmark
    08.11.2014 - 0 Comments
    Orang-orang Denmark kini boleh dilihat sebagai satu masyarakat yang gila kan kereta berkuasa…
  • Iniliah Rokok Termahal Di Dunia, Dibalut Menggunakan Kertas Emas 24 Karat
    18.10.2013 - 0 Comments
    Rokok yang berharga US$65 ini boleh dikatakan sebagai rokok termahal di dunia. Hal ini kerana ia dibalut…
  • PELIK & GILA !! MINYAK WANGI BERAROMA DAGING BABI DIJUAL !!
    14.03.2012 - 0 Comments
    Untuk menimbulkan bau jantan pada pemakainya.. seorang lelaki telah berjaya mencipta sejenis bauan yang…
  • GEMPAR!! Malek Noor Nikah Doktor Pakar 12 Mac 2012
    17.02.2012 - 0 Comments
    PETALING JAYA: Bekas juara bina badan Asia, Datuk Malek Noor akan menamatkan zaman bujangnya dengan…
  • Biarkan Anak Tidur Sambil Hisap Botol Susu Punca Utama Gigi Rosak
    23.05.2017 - 0 Comments
    Sudah pasti ramai tidak tahu termasuk admin sendiri yang rupanya botol susu merupakan salah satu penyebab…