Maxis Beri Biasiswa RM3.16 juta kepada 22 orang Pelajar ~ Bila Han Bercerita

Saturday, 12 May 2012

Maxis Beri Biasiswa RM3.16 juta kepada 22 orang Pelajar


Maxis


KUALA LUMPUR – Maxis Berhad (Maxis) menyampaikan Anugerah Kecemerlangan Biasiswa Maxis (MSEA) bernilai RM3.16 juta kepada 22 pelajar tempatan sebagai komitmen syarikat komunikasi terhadap pendidikan dan pembangunan kepimpinan di negara ini baru-baru ini.

Maxis melalui satu kenyataan media memberitahu, anugerah itu telah disampaikan kepada pelajar terbabit oleh Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah dalam satu majlis.

“Penerima anugerah tersebut terdiri daripada tujuh penerima ijazah pertama universiti luar negara dan 15 universiti tempatan.

“Pelajar dipilih oleh panel hakim iaitu Timbalan Naib Canselor Universiti Antarabangsa Inti Malaysia, Profesor Datuk Dr. Ibrahim Ahmad Bajunid, Pengarah Pendidikan Tinggi Akademi Kepimpinan (AKEPT – Akademi Kepimpinan Pengajian Tinggi), Profesor Datuk Dr. Roziah Omar dan Pengarah Pusat Latihan dan Hubungan Industri Universiti Malaya, Profesor Madya Dr. Stefanie Pillai,” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut kenyataan itu, antara pelajar terbabit Pelajar Ijazah Sarjana Muda Pengajian Undang-Undang Universiti Teknologi Mara, Marlysa Abdul Razak; Pelajar Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan Universiti Perubatan Antarabangsa, Ng Xi Jing dan Pelajar Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal University Nottingham Malaysia, G.Saadeesh.

Tambah kenyataan itu, ramai penerima biasiswa Maxis yang lalu telah melanjutkan pengajian ke universiti berprestij termasuk London School of Economy, King College London, University of Oxford, Imperial College London, Universiti Columbia dan Harvard Business School. – mynewshub.my

P/s :Untung lahh dapat biasiswa.hehe
Share:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • (Video) Atasi Masalah Lebihan Kulit Dengan Cuka
    13.05.2017 - 0 Comments
    Cuka epal atau apple cider vinegar (ACV) adalah salah satu bentuk penyediaan terbaik daripada buah epal.…
  • WANITA DAN LELAKI WAJIB TAHU KESAN DARA MELALUI KENTUT !!
    18.02.2012 - 0 Comments
    Hey guys,korang mesti terkejut dengan tajuk entri ni kan.,sebenarnya xde papepon yang nak dirisaukan cume…
  • GEMPAK!! NINJA TURTLE IN REAL LIFE!!
    31.01.2012 - 0 Comments
    COOL BUKAN ? Santai di malam hari sebelum tido,hehe
  • Pelatih PLKN Mati Dipukul Di DAlam Bilik Air
    24.09.2013 - 0 Comments
    Seorang pelatih Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN), ditemui mati di bilik air Kem Pinggiran Pelangi,…
  • Hole-y: Kasut Yang Dilengkapi
    09.05.2017 - 0 Comments
    Kasut berpenghawa dingin keluaran syarikat Chiyoda ini menggunakan konsep yang sama seperti terdapat pada…