GILA : HOTEL UNTUK ORANG YANG DAH MATI DI JEPUN ~ Bila Han Bercerita

Saturday, 26 May 2012

GILA : HOTEL UNTUK ORANG YANG DAH MATI DI JEPUN

LASTEL di Yokohama ialah sebuah hotel yang istimewa. Kesemua penghunyinya terdiri dari mereka yang sudah meninggal dunia. Di Jepun kadar kematian tahunannya ialah 0.94% . Ini adalah jauh lebih tinggi dari purata kematian dunia 0.84% setahun. Tahun lalu sahaja terdapat lebih 1.2 juta kematian diseluruh negara matahari terbit ini. Ini adalah peningkatan sebanyak 55 000 kematian dari tahun sebelumnya. Akibat kadar kematian yang bertambah, rumah mayat dan pembakaran menghadapi masalah menguruskan jenazah. Si mati yang siap diuruskan rumah pengkebumian biasanya terpaksa menunggu sehingga 4 hari sebelum mayatnya dibakar. Melihat situasi ini Encik Hisayoshi Teramura mendapat idea membina LASTEL sebagai tempat "penginapan" terakhir simati.Kita pasti tertanya

"Kenapa tak bina sahaja lebih banyak rumah mayat dan rumah pembakaran? Kan lebih mudah?"

Jawapannya ialah di Jepun tanahnya terhad. Tiada siapa mahu rumah pembakaran atau bilik mayat berhampiran rumah mereka. Nak letak keranda dirumah sementara menunggu giliran pembakaran pula rumah di Jepun memang terkenal kecil. Encik Hisayoshi Teramura mengenakan bayaran YEN 12 000 (USD 157) semalam kepada waris simati bagi memberi perkhidmatan menyimpan mayat dalam suasana yang dignified. Bilik LASTEL sebenarnya hanyalah bilik-bilik sejuk dan ahli keluarga boleh melawat simati bila-bila masa mereka rasakan selesa. 



sumber
Share:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • Gedung Pakaian Mewah Tipu Pengguna Dibongkar
    02.12.2014 - 0 Comments
    ALOR SETAR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Kedah mengeluarkan…
  • Maxis Beri Biasiswa RM3.16 juta kepada 22 orang Pelajar
    12.05.2012 - 0 Comments
    KUALA LUMPUR – Maxis Berhad (Maxis) menyampaikan Anugerah Kecemerlangan Biasiswa Maxis (MSEA) bernilai…
  • Petua Orang Kampung Rawat Mata Rabun
    09.04.2017 - 0 Comments
    Setiap penyakit pasti ada penawarnya. Jadi tak perlu mengeluh saat nikmat dari sudut fizikal ditarik atau…
  • COOL : Jual Karipap di Facebook untung RM2000 sehari
    27.06.2012 - 0 Comments
    kredit gambar rindok(keratan akhbar metro) Kuantan: Seorang pengusaha karipap di Tanjung Lumpur, di…
  • Serius !! Mayat Dijadikan Baja Pokok
    19.11.2015 - 0 Comments
    KONSEP Capsula Mundi dicadangkan. Gambar kanan, cara mayat dimasukkan di dalam kapsul. Rome: Dua artis…