PERGH Aaron Aziz Dapat Tawaran Jadi Hos 'Fear Factor Asia' ~ Bila Han Bercerita

Wednesday, 16 May 2012

PERGH Aaron Aziz Dapat Tawaran Jadi Hos 'Fear Factor Asia'


Aaron Aziz


KUALA LUMPUR: Selepas berjaya melakar kejayaan menerusi industri lakonan, pelakon Aaron Aziz memperluaskan lagi kerjaya seninya selepas ditawarkan menjadi hos rancangan realiti Fear Factor Asia (FFA).

Aaron berkata, tawaran itu merupakan satu pengalaman baru buatnya walaupun pernah mengendalikan beberapa program televisyen (TV) sebelum ini di negara kelahirannya, Singapura.

"Sudah lama saya tidak beraksi sebagai hos program TV dan harap-harap dengan sedikit pengalaman yang ada, ia dapat diserapkan dalam FFA yang dijadualkan akan memulakan penggambaran di Afrika Selatan pada Oktober depan.

"Semoga kendalian saya dalam rancangan itu diterima ramai. Syukurlah pihak produksi FFA memberi kelonggaran kepada saya untuk beraksi dengan cara tersendiri tanpa apa-apa sekatan," katanya kepada mStar Online.

Tambah Aaron, dia bukan sahaja perlu mengacarakan rancangan tersebut tetapi turut diberi tugasan untuk melakukan aksi-aksi lasak dan berbahaya selain menaruh kebimbangan jika tidak dapat melakukannya.

"Sebagai pengacara, saya juga tidak terlepas daripada melakukan aksi-aksi lasak bagi membuktikan kelayakan saya sebagai hos FFA.

"Kalau nak tahu saya ni takut dengan ketinggian, boleh gayat dibuatnya. Apa-apa pun saya teruja untuk menjalani penggambaran ini, pasti ia menyeronokkan," ujarnya.

Sementara itu, Aaron berkata, kerjayanya pada tahun ini menuntutnya untuk bekerja di luar negara dan ia merupakan satu peluang yang dapat digunakan untuk bercuti bersama keluarga.

"Saya juga akan ke Vietnam dan Korea Selatan dengan peminat bersempena kejayaan Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 (ABPBH).

"Nampaknya tahun ini saya banyak menghabiskan masa melihat negara orang," selorohnya yang sedang menjalani penggambaran drama Adam dan Hawa bagi siaran TV3.

Selain itu Aaron juga akan memulakan penggambaran filem Dampak pada 18 Jun depan dan kemudian penggambaran filem Cicakman 3 pula yang akan menyusul.

sumber

P/s :untung la dia.rezeki melimpah ruah.hehe.semoga terus berjaya :)
Share:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • Pengikut Instagram Yuna Melonjak Naik Gara-Gara Lagu Duet Dengan Usher
    30.04.2016 - 0 Comments
    Yuna atau nama sebenar Yunalis Zarai merupakan artis tempatan yang tidak pernah gagal mengharumkan nama…
  • (Video) Atasi Masalah Lebihan Kulit Dengan Cuka
    13.05.2017 - 0 Comments
    Cuka epal atau apple cider vinegar (ACV) adalah salah satu bentuk penyediaan terbaik daripada buah epal.…
  • GILA !! Bergambar Dengan Patung Lilin Pemimpin, Kemudian Gunakannya Untuk Menipu!
    26.03.2012 - 1 Comments
    Satu sindiket penipuan melibatkan kira-kira 3 billion Yuan (RM1.5b) di negara China berjaya ditumpaskan…
  • ALHAMDULILLAH !! AKHIRNYA Irma Hasmie Bertunang Hujung Bulan Ini
    10.03.2012 - 0 Comments
    sumber asal dari murai. KL, 10 MAC 2012: Murai Batu mendapat tahu pelakon Irma Hasmie bakal…
  • COOL : Apabila lebihan kikisan sharpener dibuat hiasan kreatif
    07.10.2012 - 0 Comments
    sumber