Betul Ke Dira Abu Zahar Tidak Sesuai Di Melodi? ~ Bila Han Bercerita

Monday, 7 May 2012

Betul Ke Dira Abu Zahar Tidak Sesuai Di Melodi?




PETALING JAYA: Pengacara Melodi, Dira Abu Zahar kurang memberikan impak kepada penonton dan disifatkan tidak sesuai mengendalikan program hiburan tersebut.

Menurut penerbit Melodi, Azman Abd Ghafar, walaupun Dira banyak menunjukkan kemajuan, tetapi dia tidak mempunyai keserasian bersama gandingannya, Zizan Razak.

"Sudah setahun dia bersama Melodi dan telah menunjukkan banyak kemajuan berbanding di awal kemunculannya.

"Bagaimanapun, apa yang pihak kami lihat, tempat Dira bukan di Melodi, tetapi dia mungkin sesuai mengacarakan program-program berbentuk pengembaraan," katanya yang ditemui selepas rakaman siaran langsung Melodi di Sri Pentas TV3, di sini, Ahad.

Tambah Azman, kenyataan yang diberikan itu bukan kerana ingin mengambil kesempatan terhadap Dira yang dikaitkan dengan dakwaan kes pergaduhan di sebuah pusat hiburan di Kuala Lumpur sehingga mencetuskan kontroversi pada April lalu.

"Pihak kami bukan ingin mengambil kesempatan terhadap kelemahan Dira. Cuma apa yang dilihat, dia kurang menyerlah di Melodi dan berdasarkan rating penonton, sama ada dia ada atau tidak, ia tidak menunjukkan perbezaannya.

"Apa-apapun, pihak kami belum membuat sebarang keputusan sama ada ingin mengekalkannya bersama Melodi ataupun tidak.

"Biarlah kes dia selesai dahulu," ujarnya.

Sejak hampir sebulan ketiadaan Dira dalam Melodi, program tersebut kerap menggandingkan Zizan bersama bekas-bekas pengacara Melodi yang antaranya seperti Wahid dan Fauziah Ahmad Daud.

Malah, Awal Ashaari juga telah cuba digandingkan dengan Zizan dalam program tersebut dan pihak Melodi memutuskan untuk menggunakan khidmat Awal bermula 20 Mei ini.

Mengenai kes Dira, dia juga didakwa mencederakan seorang wanita selepas berlakunya salah faham di dalam pusat hiburan terbabit.-sumber
Share:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • COOL : Konsep Rumah Bergerak Masa Hadapan
    04.05.2012 - 0 Comments
    GM Pad ialah sebuah konsep rumah bergerak yang dinspirasikan dari campuran kereta dan komuter dan…
  • COOL !! LAMBORGHINI KELUARKAN KASUT SEBAGAI PRODUK BARU
    04.03.2012 - 0 Comments
    Tadaaa.. kasut ni sesuai untuk pompuan yang minat kete.hehe..ni gua jumpa kat gogle.saja nak share…
  • Inilah Fungsi Lingkaran Putih Dalam Setiap Enjin Kapal Terbang
    18.05.2017 - 0 Comments
    Ada banyak perkara yang terjadi di sekeliling kita, dan kita mungkin langsung tak sedar akan kewujudannya.…
  • MASTER OF THE TROLLING,TROLL LEVEL 900
    14.03.2012 - 0 Comments
    hehe.jangan buat gini ek sumber-9GAG
  • SELAMAT HARI JADI YANG KE 58 JACKIE CHAN !!
    10.04.2012 - 0 Comments
    fuyohh..7/4 is our master kungfu birthday la.that would be awesome kan? tengok la kek dia..jackie chan…