Usain Bolt,lelaki terpantas dunia tinggalkan kekasih ~ Bila Han Bercerita

Sunday, 13 May 2012

Usain Bolt,lelaki terpantas dunia tinggalkan kekasih


Usain Bolt


LONDON: Lelaki terpantas dunia, Usain Bolt, 25, dilaporkan berpisah dengan teman wanitanya yang juga pereka fesyen kelahiran Slovakia Lubica Slovak, semata-mata untuk memberi tumpuan kepada kemenangan emas pada sukan Olimpik London 2012.

Bintang pecut Jamaica itu dikatakan meninggalkan Slovak kira-kira enam bulan lalu supaya wanita berambut perang itu tidak mengganggunya ketika menjalani latihan untuk Olimpik.
Perpisahan Bolt dengan Slovak, 28, yang sebelum ini mendakwa kedua-dua mereka mempunyai hubungan ‘amat serius’ berlaku beberapa hari selepas perbalahan perkauman tercetus di negara asalnya berikutan beliau memilih seorang teman wanita berkulit putih.
Satu sumber yang rapat menyifatkan bahawa perpisahan itu ‘satu keputusan persefahaman antara dua orang dewasa’.

Ejen Bolt juga mengesahkan kepada MailOnline bahawa pelari pecut Jamaica itu kini bersendirian, tetapi tidak memberikan ulasan lanjut.

Bolt mendapat kritikan daripada rakan kulit hitamnya dari Jamaica yang tidak gembira berikutan beliau memilih pasangan kulit putih.

Satu kiriman di internet tertulis: “Usain! Sebilangan lelaki kulit hitam yang berjaya hidup sengsara kerana seorang wanita kulit putih. Anda juga mahu terima nasib sama?”. Satu lagi kiriman berbunyi: “Seorang lagi lelaki kita dirampas.”
Bantahan lain termasuk: “Daripada memilih seorang gadis di pulau ini, anda sebaliknya tertawan dengan seorang ‘snowbunny’, dan: “Superstar ini sentiasa mengecewakan dan tidak boleh diharap untuk meningkatkan maruah kita.”

Pelari yang diberi gelaran Lightning Bolt, terkenal dengan aksi memanah ketika menggayakan kemenangannya.

Beliau yang juga penyandang juara Olimpik dan pemegang rekod dunia bagi acara 100 dan 200 meter berharap untuk memecah rekod sendiri dan mengekalkan kejuaraan di London pada musim panas ini sambil disaksikan sendiri oleh Slovak.
Slovak berhijrah ke Kanada dengan bapanya ketika berusia 14 tahun dan mengikuti pengajian rekaan fesyen di Universiti Ryerson di Toronto.

Beliau berpindah ke Jamaica selepas ‘jatuh cinta’ dengan pulau itu ketika satu percutian pada 2000.

Slovak diperkenalkan kepada Bolt tahun lalu melalui seorang rakan mereka, penyanyi reggae, Tami Chynn.

Selepas pertemuan itu, Slovak menemubual Bolt untuk satu rencana bagi akhbar Slovakia dan mereka mula menjadi pasangan kekasih pada pertengahan November. – Agensi
Share:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • GILA !! LELAKI INI MENGUNAKAN DUIT PALSU YANG DILUKISNYA SENDIRI SELAMA 15 TAHUN
    14.03.2012 - 0 Comments
    Sejak abad ke 19 orang sudah pandai membuat wang kertas palsu dengan mesin cetak kecil, tapi Emanuel…
  • Tiga Beradik Dari Sabah Ini Mempunyai Mata Yang Unik !
    28.05.2017 - 0 Comments
    Tiga beradik dari Sabah ini, Rusyduddin Ronaldo Lee, Refnaldi Ronaldio dan Shahirah Batrisyia punyai mata…
  • GILA : 2kg Rambut, Kapur Dalam Perut
    06.10.2012 - 0 Comments
    NEW DELHI – Apabila seorang remaja mengadu tidak boleh makan atau minum selama beberapa hari, sekumpulan…
  • PERGH !! Demo Meminta Pelajaran Percuma Oleh Pelajar Di Chile
    27.04.2012 - 0 Comments
    isu pelajaran percuma bukanlah hanya di Malaysia.,di jerman,eropah dan negara2 maju.,pelajar2 yang walau…
  • Cool ! Pakcik Ini Mencipta Motorsikal Menggunakan Air Yang Boleh Jalan Sejauh 500KM
    12.12.2015 - 0 Comments
    Seorang lelaki di Brazil telah mencipta sebuah motorsikal baru yang menakjubkan kerana dengan hanya…