Alhamdulillah Awal-Scha sah digelar suami isteri dengan sekali lafaz ~ Bila Han Bercerita

Saturday, 5 May 2012

Alhamdulillah Awal-Scha sah digelar suami isteri dengan sekali lafaz




PUTRAJAYA - Hampir tiga tahun menyulam cinta, pasangan Awal Ashaari, 31, dan Scha Al Yahya, 29, sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz, malam ini.

Pasangan pengantin, Ahmad Awaluddin Ashaari dan  Sharifah Norazean Syed Mahadzir ini dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Syed Mahadzir dengan disaksikan oleh Pendaftar Nikah Rujuk Putrajaya, Salman Idrus.

Sharifah Norazean atau Scha memberi sembilan dulang hantaran kepada Ahmad Awaluddin atau Awal. Awal pula membalas dengan tujuh dulang hantaran.

Mas kahwin adalah RM2,050.

Majlis akad nikah yang diadakan di Hotel Pullman di sini disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria, Awani.

Sebelum ini, kedua-dua pasangan itu mengumumkan bahawa majlis resepsi akan diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, 6 Mei.

Awal dalam sidang media bersama sebelum ini juga memberitahu bahawa dia merasa sangat gembira dan bersyukur kerana impian untuk memiliki Scha sebagai suri hidupnya akan termakbul sedikit masa lagi.-sumber
Share:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • Pemilik rumah ini sanggup menukar rumahnya dengan iPhone 6
    11.10.2014 - 0 Comments
    RUMAH di Michigan City yang ingin ditukar dengan iPhone 6 atau iPad 32GB Detroit: Seorang tuan rumah yang…
  • How to Undo a Sent Email Message in Gmail
    15.01.2012 - 0 Comments
    Emails are widely used everywhere, every business deal is simply texted to other person and then…
  • COOL : Inilah Pengasas Syarikat Kosmetik & Jutawan Termuda Di Dunia
    23.05.2013 - 0 Comments
    Dia baru berusia 6 tahun, tetapi sudah menjadi jutawan dan hidup serba mewah! Isabella Barret bukan…
  • Fangweng : Restoran Tergantung Lereng Bukit Di China
    28.04.2017 - 0 Comments
    Restoran tergantung yang unik ini telah dibina di sebuah gunung di Wilayah Hubei, 12 kilometer ke utara…
  • Wanita ini dikurung selama 6 tahun kerana cinta tidak direstui keluarga
    26.02.2015 - 1 Comments
    Beijing: Seorang wanita didakwa dikurung di dalam sebuah bangsal dan dilayan seperti ‘binatang’ selama…